May 23rd, 2017

Beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan tiba, tentu sekali pelbagai rancangan untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri juga telah dilakukan oleh sesetengah umat Islam.

Berbicara mengenai bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma, pelakon dan pengacara, Neelofa memberitahu beliau akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 8 Jun ini untuk menunaikan ibadah umrah sehingga selepas  Hari Raya Aidilfitri.

Insya-Allah saya akan bertolak ke Mekah pada 8 Jun ini. Selain menunaikan ibadah umrah, saya juga akan merakamkan sebuah program travelog untuk siaran TV. Peggambaran ini akan tamat pada 20 Jun dan saya mengambil keputusan untuk terus berada di sana sehinggalah raya kedua. Sudah lama saya impikan untuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri di sana dan saya bersyukur impian itu dimakbulkan Tuhan.

Semoga segala perancangan Neelofa untuk merasai kelainan berpuasa dan menyambut Aidilfitri  serta ibadahnya di tanah suci Mekah berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Berita Harian


Comments are closed.

Loading...