Neelofa Bakal Lancar Aplikasi Islamik, Netizen Harap Mampu Tandingi Muslim Pro

Hiburan

Neelofa Bakal Lancar Aplikasi Islamik, Netizen Harap Mampu Tandingi Muslim Pro

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila wujud dakwaan apabila data pengguna aplikasi Muslim Pro dilaporkan dijual kepada Amerika Syarikat.

Advertisement

Susulan kejadian, ramai dalam kalangan masyarakat Islam khususnya pengguna sendiri menzahirkan rasa marah berikutan insiden tersebut.

Bahkan, ramai juga yang mengambil keputusan memadam aplikasi tersebut dari telefon bimbit masing-masing kerana bimbang andai data mereka diketahui negara barat tersebut.

Namun begitu, menurut laporan Oh My Media, segala spekulasi yang timbul itu dikatakan masih belum temui kesahihannya.

Terbaharu, umat Islam khususnya rakyat Malaysia kini seakan mampu menghembus nafas lega apabila pengacar dan usahawan popular tanah air, Neelofa dikatakan sedang merencana untuk melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang diberi nama TheNoor.

Lebih membuatkan pengguna senang hati apabila aplikasi itu dilihat sudah mempunyai Instagram tersendiri dan membuat beberapa posting.

Rentetan itu, rata-rata pengikutnya seolah gembira dengan perkhabaran itu.

Malah wujud juga para peminatnya meluahkan bangga dengan usahawan itu dan berharap aplikasi ini mampu tandingi aplikasi Muslim Pro apabila dilancarkan kelak.

Sumber: Oh My Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...