May 16th, 2020

Bakal kembali mengendalikan program hiburan, MeleTOP di samping Nabil Ahmad, Neelofa dikhabarkan bakal membuat penampilan istimewa sempena sambutan Syawal tahun ini.

neelofa nabil meletop

Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal berkongsi perkara itu menerusi sidang media pada Rabu lalu.

Menurutnya penampilan istimewa itu bertujuan memeriahkan lagi sambutan malam raya sahaja selain memenuhi permintaan peminat yang merindui kelibat Neelofa di set MeleTOP.

Namun Nabil juga turut menyifatkan kehadiran rakan hosnya itu sebagai sesuatu yang amat dinati-nantikan, malah tidak menolak yang program tersebut akan bertambah meriah dengan kehadiran Neelofa.

“Kami ada bersembang dan ada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi rasa. Bagi saya lengkaplah MeleTOP raya. Terima kasih Astro”.

Terdahulu Neelofa telah mengundur diri dari program berkenaan selepas tujuh tahun mengendalikannya.

neelofa nabil meletop

Beliau akui keputusan itu diambil kerana mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya sekali gus menjawab segala spekulasi ramai.

Untuk rekod, MeleTOP mula disiarkan pada 30 Oktober 2012 dan merupakan antara program yang mendapat sambutan tinggi daripada penonton setia Astro.

Sumber: Media Hiburan


3 responses to “Neelofa Bakal Kembali Dalam MeleTOP, Berganding Semula Bersama Nabil”

  1. Anonymous says:

    Aku rasa lopak yg gelitis takleh moveon muka tak kluar tv… masih dahagakan populariti.. dasar wanita akhir zaman

  2. nor covida says:

    berita yang memboringkan time MCO ni…..buang air mata jer dulu announce.

  3. Anonymous says:

    Boring..macam tah inda ada org lain

Leave a Reply to nor covida Cancel reply

Loading...