Selebriti dan juga usahawan, Neelofa khabarnya bakal melancarkan produk terbaharu yang didakwa boleh mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Neelofa berkata idea untuk menghasilkan produk tersebut tercetus apabila mendengar sahabat dan juga saudara mara terdekat melalui masalah ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Kalau betul formula jus yang saya buat ni menjadi, Insya-Allah boleh membantu ramai wanita di luar sana yang sedang mengalami masalah ini.
Saya pun masih belum berpuas hati, masih sedang mencuba jus ini. Masih ubah-ubah formula sampailah betul-betul sempurna.
Dia dalam pada itu turut memuat naik respon daripada peminatnya yang turut melalui masalah yang sama dalam perhubungan rumah tangga bersama suami tersayang.
Masalah ini sangat biasa terjadi pada isteri-isteri yang lepas beranak, satu sebab hormon dah ke laut, tak berpantang dengan betul, masalah mati putik ini akan parah, tambah kalau berat badan tak turun akan memudaratkan lagi problem tak ada rasa nak ‘bersama’.
Katanya lagi, hubungan suami isteri adalah sangat penting dalam perkahwinan dan sangat dituntut dalam agama. Jika berlaku masalah, adalah penting untuk setiap pasangan mencari solusi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.