November 8th, 2012

Nampaknya Anugerah Skrin 2012 menjanjikan kelainan tahun ini dengan tema fantasinya. Dan debarannya kian terasa kerana akan berlangsung esok. Anugerah Skrin 2012 telah mengangkat ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale) sebagai konsep, akan berlangsung pada 9 November 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Apa yang menarik, promo untuk Anugerah ini diadakan secara video bersiri, dan menampilkan si jelita Neelofa yang kelihatan seperti seorang puteri, pelakon kacak yang sedang hangat di pasaran iaitu Aiman Ridza sebagai jejaka idaman, dan pengacara yang tidak asing lagi iaitu Awal Ashaari.

Pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk menyaksikan sendiri magika fantasi Anugerah Skrin 2012 yang turut akan disiarkan secara langsung di TV3. Secuit mungkin dari magika itu boleh anda saksikan di promo ini. Kredit gambar We Love Neelofa.

 


260 responses to “Neelofa, Awal Ashaari Dan Aiman Ridza Dalam Dunia Fantasi Anugerah Skrin 2012”

  1. jgn mrh says:

    saya lebih suka syarifah syahirah jadi pengacara utk anugerah ni ..
    serious saya sanggup ambik halfday utk tgk anugerah skrinn tapi bila tgk hmmmm
    diorg buat ala2 teater la pulak , si neolofa pulak yg mengacara hmm.. saya bukan x suka si neolofa tapi saya tgk dia macam over , macam dah lama jadi artis ..sory

  2. Farah says:

    salam… kpda Neelofa… bju gaun awk sangat cantikk.. sye terpegun melhat kecantikkan awk pada mlm itu…. kpada awal plk… pakaian awk pakai begitu kemas dan smart…. sekian… wassalam….

  3. Menuju matlamat says:

    Aku rasa dia ni mengacara okay je. Biasalah budak baru nak naik. Tapi kalau betul lah dia ni baik kat luar, baiklah kita bg dorongan utk dia kembangkan bakat dia. Artis2x lain lg plastik. Hanya org yg deal dgn artis je yg tahu. Kalau kat Jom Heboh tu berapa ramai personaliti TV3 yg buat s**? Nampak depan tv ne baik. Habis Jom Heboh, kondom bersepah. Tapi x semua lah jahat. Yg baik macam Wardina tu, itu yg patut kita contohi.

  4. XYZ says:

    Dear Abang Nara, kalau orang lain komen Neelofa terus Nara delete, tetapi boleh je KPMN tu komen di setiap komen orang tanpa kena cantas, walaupun SEMUA kena dislike. Apakah ini? Kalau pun Nara suka Lofa, janganlah bias. Readers tak boleh bagi pendapat ke? Kalau macam tu saya cadangkan Nara buat blog baru. AMAZINGNEELOFA.

Loading...