Usahawan dan selebriti popular, Neelofa, meluangkan masa lapangnya dengan mendalami bahasa Arab sebagai usaha memperkukuh cintanya terhadap Al-Quran.
Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, dilihat tekun belajar bahasa Arab demi memahami kitab suci itu tanpa bergantung kepada maksud terjemahan.
Perjuangan demi mencintai al-Quran lagi dan lagi.Belajar bahasa Arab ini. Moga Allah rezekikan untuk baca al-Quran boleh faham satu-satu tanpa tengok masuk. Amin ya rabb aminn.
Sekadar info, Neelofa membuat keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya selepas menunaikan ibadah umrah sekitar tahun 2014.
Pada 27 Mac 2021, Neelofa sah bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.