Written by Irsa | December 7th, 2019

Produk terbaru pelakon Neelofa iaitu susu pisang ‘Nilofa’ mula mendapat perhatian media sosial kerana telah membuat dakwaan melampau mengenai kebaikannya daripada sudut kesihatan.

susu pisang nilofa

Susulan daripada hal itu, Neelofa telah tampil sendiri dan menjelaskan bahawa tiada tindakan diambil KKM atas isu tersebut.

Mereka datang kilang untuk menyiasat dan teliti segala-galanya. Mereka tak boleh ambil apa-apa tindakan sebabnya pada kotak atau label produk kami tak ada membuat dakwaan apa-apa tentang kesihatan atau khasiat yang boleh merawat obesiti dan sebagainya.

Katanya lagi, pihaknya sendiri perlu memperkemaskan lagi produk tersebut daripada aspek pembungkusan dan menjadikannya susu berperisa pisang.

Episod kritikan susu pisang itu bermula apabila risalah produk yang tular di seluruh pelosok media sosial.

susu pisang nilofa

Jelasnya selepas melakukan sisatan, risalah itu diedarkan pada sidang media oleh agensi promosi yang dilantik baru-baru ini rupanya tidak mendapat maklum balas ibu pejabat terlebih dahulu.

Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tak diedarkan.

Fokus saya (untuk produk) bukan untuk membantu atau merawat. Kami memberi tumpuan pada produk gaya hidup.

Usahawan wanita itu juga berjanji akan memastikan segala kenyataan berkenaan produk akan diperketat selepas ini.

Sumber: MalaysiaKini

11 responses to Neelofa Akur, KKM Minta Perkemaskan Lagi Pembungkusan Produk Susu Pisang Nilofa

  1. Anonymous says:

    Melayu bodohkan melayu..pastu acah victim

  2. Anonymous says:

    Skrg rakyat malaysia ramai cerdik pandai.. Dah faham pasal kesihatan.. Faham padal insulin function dan obesiti.. Ramai nak sihat naturally.. So hati2 bila promote ptoduk sbb ada juga consumer yg main beli.. Dan consume and hope it benefit them.. Tapi bila ko cakap ko sbb owner produk tak tau pasak risalab tu means you are fail owner

  3. Anonymous says:

    tak apa lofa, packaging tu nnt ubah je seperti saranan KKM, yang penting produk lofa tak kena rampas apa2 pun oleh KKM, halal pun halal yang sah.. Better laa daripada minum air bobba yg tak tahu halal ke tidak kan…Tu yang hati makin lama makin membusuk, main minum je.. Rela beratur, halal haram tolak tepi… Biarkan si luncai dgn labu-labunya..

    • Anonymous says:

      ko ni agent dia erkkk… terdesak nk jual stok lah tu… bobba tu xde claim utk kesihatan oiii… susu pisang lopak ni overclaimed menipu jer keje nyer..

  4. alfie says:

    Si Hajah Zouk ni kerana komison sanggup melacur nama dia sehingga berbohong susu ajaib dia adalah penawar segala penyakit.

  5. Anonymous says:

    tak kan tak tahu. Sendiri keluarkan lepas tu bergambar2 dgn produk perisa saja.
    Sedangkan rumahtangga kakak kau yg berkuasa inikan produk minta duit org sebab pengikut berjuta2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini