Neelofa Akur, KKM Minta Perkemaskan Lagi Pembungkusan Produk Susu Pisang Nilofa

Hiburan

Neelofa Akur, KKM Minta Perkemaskan Lagi Pembungkusan Produk Susu Pisang Nilofa

Produk terbaru pelakon Neelofa iaitu susu pisang ‘Nilofa’ mula mendapat perhatian media sosial kerana telah membuat dakwaan melampau mengenai kebaikannya daripada sudut kesihatan.

susu pisang nilofa

Advertisement

Susulan daripada hal itu, Neelofa telah tampil sendiri dan menjelaskan bahawa tiada tindakan diambil KKM atas isu tersebut.

Mereka datang kilang untuk menyiasat dan teliti segala-galanya. Mereka tak boleh ambil apa-apa tindakan sebabnya pada kotak atau label produk kami tak ada membuat dakwaan apa-apa tentang kesihatan atau khasiat yang boleh merawat obesiti dan sebagainya.

Katanya lagi, pihaknya sendiri perlu memperkemaskan lagi produk tersebut daripada aspek pembungkusan dan menjadikannya susu berperisa pisang.

Episod kritikan susu pisang itu bermula apabila risalah produk yang tular di seluruh pelosok media sosial.

susu pisang nilofa

Jelasnya selepas melakukan sisatan, risalah itu diedarkan pada sidang media oleh agensi promosi yang dilantik baru-baru ini rupanya tidak mendapat maklum balas ibu pejabat terlebih dahulu.

Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tak diedarkan.

Fokus saya (untuk produk) bukan untuk membantu atau merawat. Kami memberi tumpuan pada produk gaya hidup.

Usahawan wanita itu juga berjanji akan memastikan segala kenyataan berkenaan produk akan diperketat selepas ini.

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...