August 22nd, 2016

Neelofa, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Malah, di usia yang agak muda Neelofa sudah mampu membinar empayar perniagaan beliau sendiri dan memiliki apa yang beliau inginkan.

Namun, beliau tidak berapa bertuah apabila tiba soal percintaan. Walaubagaimanapun, Neelofa tidak mengeluh dan menganggap perkara itu sebagai satu dugaan buat dirinya.

Allah sedang menguji, besar nikmat yang dilimpahkan bermakna besar juga dugaan yang datang. Begitupun, doa saya tidak pernah putus agar suatu hari nanti Allah datangkan kepada saya seorang lelaki, tidak saja mampu membahagiakan saya tetapi juga membimbing saya.

Neelofa pada masa yang sama mengakui beliau merasa tertekan apabila sering ditanya soal jodoh apatah lagi faktor usia beliau yang semakin meningkat membuatkan beliau lebih memikirkan soal untuk mendirikan rumah tangga.

Ada yang juga mendakwa saya tertekan apabila memikirkan soal ini. Hakikatnya, apabila orang ramai sering memperkatakan dan bertanya mengenainya, memang saya rasa tertekan dengan soal itu.

Saya sedar faktor usia juga membuatkan saya kini sedang memikirkan soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga. Tapi saya tidak mahu tergopoh-gapah.

Mungkin Allah SWT ingin memberikan jodoh yang terbaik buat Neelofa. Kadang-kadang kita bertemu dengan pasangan yang sesuai dengan diri kita awal dan ada yang lambat. Namun, jangan berputus asa dan terus berdoa.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...