Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Akui Menangis Dan Bersedih Setiap Kali Berdoa Soal Jodoh

Nama Neelofa memang tidak perlu diperkenalkan lagi, bukan sahaja meraih kejayaan dalam bidang hiburan, dia juga seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Pendek kata, sudah memiliki segalanya kecuali teman istimewa.

Advertisement

Neelofa dalam satu perkongsian baru-baru ini mengakui wujudnya perasaan sedih dalam hati setiap kali berdoa mengenai jodoh dalam hidupnya.

Menurut Neelofa, doa itu mempunyai makna tersendiri buatnya. Katanya, Neelofa bakal suaminya itu turut akan menjadi perhatian ramai, terkena tempias popularitinya.

Memang saya akan sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh. Tidak kira masa dan di mana saja.

Saya banyak berdoa mengenai jodoh.  Ada satu hari, saya duduk berdoa dan tulis doa. Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling. Ia termasuk yang mengenali, menyokong, media, peminat, pasukan dan semua. Jadi, ini yang akan membuatkan saya gembira dan bahagia.

Kenapa doa ini, sebab saya banyak mata memandang. Contohnya, orang meletakkan saya sebagai orang dicontohi dan ikon. Sehinggakan siapa pasangan hidup saya pun akan memberi impak sangat besar pada orang ramai.

Advertisement

Bersabarlah Neelofa, pastinya percaturan Allah SWT adalah yang terbaik. Satu hari nanti pasti anda akan bertemu jodoh yang sesuai. Jangan pernah berhenti berdoa untuk yang terbaik.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

101 Comments

  1. Najiha

    August 1, 2019 at 2:22 pm

    Semoga urusan lofa cari jodoh dipermudahkan. Ramai ni yang takut nak try lofa. haha

    nak honeymoon atau bercuti ke korea boleh roger ye

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top