Lepas satu-satu masalah dan ujian yang diterima Neelofa dan suaminya PU Riz selepas mereka disatukan. Ini semua bermula selepas mereka didakwa melanggar SOP semasa majlis perkahwinan dan dakwaan melanggar SOP semasa berkunjung ke Langkawi, Kedah.
Neelofa yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan menyatakan yang dia dan keluarga sudah membuat keterangan di balai polis dan sedia menerima apa sahaja tindakan dari pihak berkuasa.
Saya dan suami pergi awal minggu ini, manakala keluarga suami hadir beberapa hari lalu dan ahli keluarga saya selesai memberi keterangan hari ini. Alhamdulillah kami semua sudah selesai memberi keterangan.
Kalau kita lihat ada banyak versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini. Jadi, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan mahupun di luar pengetahuan saya berhubung dua isu ini.
Saya dan suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa. – Katanya dalam satu kiriman video kepada Harian Metro.
Neelofa turut mengakui dan sedar yang dirinya kurang sensitif dengan isu-isu yang berlaku termasuk pandangan semua pihak.
Saya akui ada banyak perkara saya terlepas pandang. Sepatutnya saya beri contoh yang baik mengenai hal itu. – Katanya lagi.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan pasangan terbabit akan dikompaun jika hasil siasatan mendapati mereka melanggar SOP ketika berkunjung ke Langkawi.