Neelofa Akui Berniqab Bukan Untuk Berniaga

Hiburan

Neelofa Akui Berniqab Bukan Untuk Berniaga

Bertujuan mahu mengelakkan salah faham yang mungkin timbul dalam kalangan pengikutnya, pengacara serta usahawan tersohor tanah air, Neelofa akui dirinya bertindak memakai niqab bukan atas tujuan mahu mempromosikan perniagaan tudungnya apatah lagi menjual niqab kepada pelanggan setia Naelofar.

Advertisement

Hal ini kerana, setiap niqab yang digayakan olehnya, hanya dibuat khusus untuk beliau sahaja.

Perkara itu dikongsi Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli belah, Shopee, bersama pengacara Sarancak semalam.

“Niqab yang saya pakai, hanya dibuat untuk saya, bukan untuk dijual. Saya tak mahu ada salah faham dan cerita kurang enak sebab saya berniqab,”

Selain itu, beliau juga dilihat tampil menafikan pengeluaran susu perisa mangga yang menggunakan tanda palang #semaniscintapertama itu mempunyai kaitan dengan hubungannya bersama PU Riz.

“Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan. Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Tetapi, fakta menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga,”

Dalam pada itu, beliau mendedahkan kini sedang memperbaiki diri dan ingin menjadi lebih baik di masa hadapan dan sempat menyuarakan hasratnya untuk belajar bahasa Arab.

“Pastinya saya mahu menukar masa lampau. Saya mahu ‘single’ sepanjang tempoh remaja dan terus berkahwin. Dan satu lagi keinginan saya belajar bahasa Arab.”

Untuk rekod, Lofa kini telah dirisik PU Riz pada 1 November lalu. Rentetan itu, ada juga yang mendakwa pasangan itu akan melangsungkan hari pernikahan pada tahun hadapan.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...