March 7th, 2013

Lama tidak mendengar perkembangan terkini mengenai Neelofa. Semenjak dua menjak ini Neelofa seperti menyepi. Ini satu perkara yang bagus kerana sebelum ini hidup Neelofa tak pernah sepi dengan kontroversi. Terbaru, Neelofa mengakui pernah berbincang tentang perkahwinan dengan kekasihnya, Hans Isaac.
neelofa hansSusulan kenyataan Hans Isaac yang menyatakan sanggup menunggu Lofa sehingga 3 tahun lagi, Neelofa mengakui terharu dengan ke”sweet“an kenyataan tersebut. Kata Lofa kepada MediaHiburan:-

Jika itu yang dia cakap, apa yang saya boleh katakan buatnya adalah ‘so sweet’. Dalam hal ini, saya faham keadaan, umur dan status dia. Dalam masa sama, dia juga berfikir tentang masa depannya. Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan. Dan perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan. Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak. Dia sangat memahami. Insya-Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan. Lagi pula, masih banyak perkara yang belum dicapai lagi baik saya mahupun dia

neelofa hansUntuk anda yang tidak tahu, ibu Neelofa telah pun merestui perhubungan anaknya bersama Hans Isaac. Mungkinkah kita akan melihat pasangan ini mendirikan rumah tangga satu hari nanti? Neelofa pun masih muda dan masih mengejar kerjayanya. Kalau ada jodoh, pasti tak ke mana kan? Hans kenalah bersabar sedikit untuk menjadikan Neelofa isterinya yang sah. Tak gitu?neelofa hansP.S: Bedak Arab Kokuryu 25 gram kini dijual dengan harga JAUH LEBIH MURAH daripada harga pasaran hanya di CantikNara. Hanya RM38 termasuk penghantaran sahaja. Beratus-ratus tempahan telah kami hantarkan. Anda tak teringin untuk mencuba? Hanya perlu PM kami di Facebook CantikNara atau email ke [email protected] atau Whatsapp/SMS ke 013-594-7061 untuk sebarang persoalan.


Comments are closed.

Loading...