Ramai mengenali Neelofa sebagai seorang selebriti serta usahawan yang berjaya, namun tiada siapa pernah tahu keperitan yang dia pernah lalui sebelum ini.
Buat pertama kali, Neelofa akhirnya membuka rahsia hati yang selama ini disimpan rapi mengenai bekas teman lelakinya. Umum mengetahui, dia bukanlah seorang yang gemar untuk berbicara soal peribadi terutama sekali berkaitan kisah cintanya.
Pernah mengalami dua episod putus cinta, Neelofa tidak menafikan perasaannya ketika itu benar-benar terluka dan merana apatah lagi ketika itu usianya masih muda. Dunia terasa gelap dan dia buntu memikirkan hala tujunya dalam hidup.
“My heart broken gila dengan ex-boyfriend.”
Bagaimanapun, Neelofa tidak mahu terus lemas dalam kesedihan dan menggunakan segala kekecewaan untuk dia bangkit semula. Membuktikan dirinya mampu menjadi seorang yang lebih baik.
Sebenarnya masa mula-mula I buat bisnes hijab dan lens, masa itu I tengah heart broken giler. I broken dengan ex-boyfriend and still young, umur 25 dan tercari-cari my identiti.
Heart broken? Channel your feelings in a good way. Bukan menangis berkurung dalam bilik!
“With or without you im still a strong women, I can do something else..bigger things!”
Thank you @Neelofa ! This is very inspiring ??#womenpower pic.twitter.com/L3PwaqFpLK
— Sab • Fever Glam (@SabrinaShuhaim1) February 3, 2020
Apa aku nak buat ya? Disebabkan kesedihan tadi, i gunakan perasaan yang fragile ke dalam bisnes. I kerja untuk bisnes saja sampai 4 pagi, hari-hari kerja.
I want to proof masa itu dan pada orang yang i kenal, with or without you, i stil strong woman, i can do something else. Kali kedua i was so heart broken, i niat untuk capture bigger audience, i want to brand internationally.
Netizen terinpirasi dengan kisah Neelofa
Tidak dinafikan, memang pedih dan sedih rasa hati bila putus cinta. Lebih-lebih lagi kalau sudah lama menjalin percintaan. Namun, putus cinta itu bukan pengakhiran hidup kita, lebih baik untuk kita ‘move on’ agar tidak terus terluka dan mencari sinar kebahagiaan baru. Kalau Neelofa boleh, korang pun mesti boleh juga kan?