Written by AbangNara | January 9th, 2014

Walaupun tidak pernah tampil dengan pengakuan secara rasmi, umumnya ramai yang menganggap Nedim Nazri dan Nora Danish kini adalah dalam fasa percintaan. Kemesraan mereka berdua memang sering dipaparkan menerusi akaun Instagram masing-masing. Ramai yang tertanya-tanya bilakah mereka berdua bakal menamatkan zaman solo kerana tidak sabar melihat kelibat pasangan bak pinang dibelah dua ini di atas pelamin.

nedim dan nora danish

Menerusi Harian Metro hari ini, Nedim menafikan khabar angin bakal melamar dan berkahwin dengan Nora Danish pada tahun ini. Kata Nedim:-

Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan Allah, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak dapat dielak. Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang.

nedim dan nora

Walaupun begitu, Nedim mengakui Nora adalah wanita yang paling rapat dengan dirinya buat masa ini. Kata Nedim lagi:-

Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.

Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas. Lagipun saya memang sukakan wanita berkerjaya sepertinya. Apa yang boleh saya katakan Nora memiliki ciri wanita yang saya suka.

Dulu orang gelar saya macam-macam tetapi Nora selalu mempertahan dan memperjelaskan perkara yang dia tahu dan nampak mengenai saya kepada peminat di luar sana. Saya terharu

nora dan nedim

Tak apalah Nedim. Bab kahwin ini tak perlu tergesa-gesa. Perlahan-lahan buat keputusan. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan sekiranya memang benar Nora Danish adalah jodoh anda. Lagipun anda berdua memang solo. Kenali diri masing-masing dengan lebih mendalam sebelum mengambil keputusan apa-apa. Tak gitu?

P.S: Ford C- Max bergerak dengan tenaga solar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

87 responses to Nedim Nazri Nafi Bakal Lamar Nora Danish

  1. yuyui says:

    ermmm,, lelaki dh berdalih cmni,, sian la kt puan.. nmpak sgt org xnk,, cm kne rejek dpn2 je,, dh bkawan elok2 tup2 tnye nk kwin x?,, XNAK LAH.. ufhhhh!! wtf doh
    dh le ND ni public figure ofkos org nk tau n ckp mcm2 psl die,, lg2 die pmpuan n janda.. LAGILAHHHH…. klu aku ade mak cm RCW n ND ni mmg malulah aku.. mak xsedo diri.. berulit hgn jantan tnpe ikatan sah.. AGAMA ko mn wey?? kt lutut ke?? bebas g jjln oversea, duk rapat2 menggesel.. eyewww..

  2. Miley's tongue says:

    Why buy the cow when you can get the milk free? Kan kan kan?

  3. Bedah says:

    Untong lah menghabiskan duit rakyat…! PCB potong tiap2 bulan..! org dapat bonus pon tax nak menumpang…. tp duit tu ntah ke mana….. golongan susah tetap ramai!
    Untong jadi anak menteri nie…

  4. loli says:

    apekah kevavian ini semua??? plasik btul 2 ekor berok ni .satu doniya da tAu yg diaorg bercinta…bercuti sana sini..berkepit 24 jam..boleh nak menyangkal..tak plan nak kawen..yela diaorg kan urban…cume touch n go…ape ke vodoh sgt jawapan baek nora,ned n makcik sally..bang nara tlg bgtau kat makcik sally tu tak payah la nak back up anak n share dose dgn anak dia…prangai anak dia nora n nadia tu tak semenggah bila org komen sibuk makcik sally nak cakap pasal ugama..betulkan anak u dulu makcik sally baru nak cakap itu ini..makcik sally kata pitnah uolls…dah anak ko tu yg buat mulot org nak mengata dia…balik myanmmar la makcik sally…

    • hk says:

      alahai makcik sally tu kan kampung…asalkan anak dia dapat laki kaya, duit masuk poket dia…dia support bagai la kan. sampai dia bagi jer si nora tido rumah ned…

  5. merce says:

    bukan kah yg halal itu yg disuruh..tp yg haram jugak yg dibuat & dipertahankan..haishhh..

  6. Bedah says:

    Uols uols pernah tgk ex-wife si Nedim nie? Cantek berganda2 dari ND.. tetap kna cerai… Anak menteri jah… apa la dia nak heran..
    Tapi ingat esok mati menjawablah! *seram*

  7. Hidayah says:

    Astaghfirullahaladzim….sudah2 lar to..doakan yg terbaik saja..Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua…..dunia di akhir zaman..jgn jadikan fitnah..umpatan dan keaiban mknan harian kita..Nauzubillahminzalik..

    • Bedah says:

      Jah.. pernah dengar jgn membuat sesuatu untuk menimbulkan fitnah…?
      Tempat hiburan lara ni tak sesuai untuk uols.. baik jgn baca…

  8. Lola says:

    tgk muka nedim, sampai umur 60 pun takkan pernah matang..

  9. Anonymous says:

    suwit depa. .. baby dre dre anak nedim dan rayqal anak nora danish sama sama cute ute. .. nedim anak tan sri nazri aziz menteri pelancongan , anak pak menteri

  10. Kak Mala says:

    Pelaburan jangka pendek je ni….

  11. Luckiest says:

    Berasa terpanggil untuk memberikan komen kuikui..rasanya dalam hubungan mereka ND nampak berhati-hati nak post caption n any pic ngan nedim kat ig tapi nedim maaf cakap nampak kurang matang, poyo dan sedikit gelojoh. tapi bila bercakap soal jodoh kat paper nampak nedim pon x pasti sejauh mana hubungan tuh akan pegi or maybe dia menjaga nama baik ayahnya tuh, mana tau kot bapaknya kurang suka ngan ND..ye la akhbar ramai baca kalau kat ig bleh semunyi dari bapak huhuhu..ntahla yer. walaubagaimanapon harap menda menda yang kurang elok tuh berubah menjadi baek n berakhir dengan satu hubungan yang d redhaiNya..ameen..(harap sangat ND n nedim baca huh!)

  12. alifbata says:

    Padan dgn muka ND ni.. Gatal booo.. gila baaaa… asalkan anak menteri semua dia nak angkut.. dah la tu.. hipokrit memanjang… poorahhh!

  13. dunia punya hal says:

    nedim sorry but as a muslim man and lelaki melayu, you tak gentleman. kalau tak serious buat kahwin janganlah bawak anak orang ke hulur ke hilir. ND adalah seorang wanita mesti lah dia tak bole express perasaannya openly and klau tak cakap apa apa pon mesti dalam hatinya ada terusik jugak tak banyak sedikit pon.Wanita memang hatinya lembut kan klau tak suka dgn orang tu kita wanita tak ingin nak keluar pon. well at least tak lah banyak kali nak kluar dgn orang sama. Jangan ingat ada status bole treat wanita wanita sesuka hati nak teman pakai jumpa baru buang. tak baik. itu lah kita wanita kena protect diri sendiri klau bole buat diri kita macam ada status so kita pon bole jaga diri terhadap orang yg buat kepada diri kita sesuka hatinya. jangan suka nak treat each other macam pakaian senang senang tukar and buang.

  14. dunia punya hal says:

    test

  15. dunia punya hal says:

    nedim you ni tak gentleman lah sebagai muslim and anak lelaki melayu bawak anak perempuan orang ke hulur hilir tapi in the end tak kahwin..dosa you tanggung. don’t think ada status bole main perasaan wanita.sedangkan orang non muslim buat gitu bole kena karma ini kan kita orang islam. esok lusa kena penyakit baru lah nak ingat salah kita kat orang. masih sihat ini lah cari pasangan jadikan isteri lebihkan zuriat and didik anak anak kita. ada matlamat dalam hidop kerana Allah baru cool.

  16. aida says:

    Nora Danish tak semesti orang yg ada duit banyak dan status tu kita hidop bahagia macam orang yg awak telah bercerai sebelomnya. almost most of them its like living in a fairytale. So keep your options open. slow and steady and keep them away from touch touch hopefully u get a hubby that protects care and a loving one for you and your child forever amen. I bukan ND’s fan but as a woman I nak tengok species I happy jugak menghina orang yg tak menghina kita tak bawak kita kemana but jatuh balik kat kita jugak

  17. dunia punya hal says:

    ND berkahwin dgn orang berstatus atau kaya tak menjamin kita akan bahagia. contohnya your ex husband. typical fairytale.so keep your options open.mudah mudahan awak akan berkahwin dgn seorang lelaki yg loving who cares and protects you and your child amen. saya bukan fan ND tapi as a wanita I too want to see my species happy menghina orang yg tak pernah menghina kita akan jatuh balik terhadap diri kita sendiri. sia sia saja

  18. sukakan kedamaian says:

    saya
    desperetaly ska mereka bersama
    org kata, muka kalau seiras ada jodoh.
    so saya nak nedim pinang danish.
    please get married
    theylook so cute together.
    happily ever after
    denish

  19. […] Nedim Nazri Nafi Bakal Lamar Nora Danish (83) […]

  20. Cikminah senget says:

    Alaaaa……apalah nak sibuk. Biarlah dua-dua ni mengenal hati dan
    BODY puas-puas. Bercinta bukan mesti diakhiri dengna perkahwinan.
    Yang penting KITA ENJOYYYYYYYYYY….betol tak Nora……????