Nedim Nazri dan Nora Danish kini sedang bercuti di Eropah. Sudah tentu mereka ingin mengabadikan detik berdua di sana dengan penuh romantik dan mesra. Tak ada salah pun untuk suami isteri berkongsi gambar yang menunjukkan hubungan rapat selagi ia tidak melampau. Nedim telah pun memuatnaik gambar Nora Danish mencium pipinya di Instagram dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang memuji kemesraan yang dipamerkan, namun ada juga yang dengki dan mengkritik gambar tersebut. Namun Nedim tidak berdiam diri sebaliknya membalas balik kutukan tersebut dengan ayat yang pedas. Memang padu!!! Namun si penulis tersebut turut sama membalas kata-kata dari Nedim.
Secara jujurnya, Abang Nara ok kalau suami isteri upload gambar bercium pipi sebegini. Bukannya cium mulut atau aksi over. Kalau kita tak suka, elakkan untuk memberi komen yang melampau. Kenalah jaga hati orang lain. Tak perlu nak tunjuk diri kita terlebih baik. Setiap orang ada cara mempamerkan kemesraan masing-masing. Tak gitu?