Ayah mana yang tidak sedih apabila dilarang bertemu dengan anak kandungnya sendiri. Abang Nara kalau sehari tak jumpa anak pun dah tak keruan dibuatnya. Itulah nasib yang menimpa Nedim Nazri apabila tidak dibenarkan berjumpa anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Nabilah Khan iaitu Mohamed Nedrin atau lebih dikenali sebagai Dre.
Namun Nedim tidak berdiam diri sebaliknya telah membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk menuntut hak penjagaannya. Tulis Nedim menerusi akaun Instagramnya:-
Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan babitkan nama kamu dalam masalah ini, ayah lakukannya kerana tidak diberi peluang untuk bercakap dengan kamu.
Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa.
Nedim turut sama memaklumkan menerusi Instastory bahawa ada pihak pihak lain yang berniat jahat cuba menjauhkan beliau dan anaknya itu. Kata Nedim:-
Bismillah, ya Allah, kau tahu yang sebenar dan terbaik, aku reda dan serahkan padamu, manusia jahat yang cuba ingin menjauhkan anak dari darah dagingnya adalah perbuatan keji.
Untuk makluman, Nedim Nazri telah berkahwin dengan Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013. Pasangan itu dikuniakan cahaya mata iaitu Nedrin berusia lima tahun. Apa pun semoga Nedim dapat dipertemukan kembal dengan anaknya dan semoga keputusan mahkamah memihak kepadanya. Seorang anak tetap memerlukan kasih sayang seorang ayah terutama ketika masih di peringkat kanak-kanak. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.