Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Nedim Nazri Bidas Pengguna Instagram, “Jangan Taksub Cari Salah Orang”

Katakan apa saja yang anda mahu, tetapi boleh dikatakan pasangan Nedim Nazri dan Nora Danish ialah pasangan yang sering mendapat perhatian Netizen. Nora sah bergelar isteri Nedim pada 30 Mac lepas dan mereka sering memuat naik gambar-gambar aktiviti selepas berumahtangga di akaun Instagram masing-masing.

Advertisement

Namun begitu bukan semua komen-komen Netizen itu manis. Ada juga yang bersifat mengecam terutamanya jika ada yang tidak kena di mata mereka. Ini yang terjadi apabila Nedim memuat naik gambar percutian hujung minggu bersama Nora.


Mungkin geram dengan komen negatif yang dilemparkan, Nedim telah membalas komen seorang pengguna Instagram yang meninggalkan komen tentang bagaimana Nedim patut menjalani kehidupannya pada gambar di bawah.

Weekend getaway with Sayang ? #NNisterikucintahatiku

14.7k Likes, 271 Comments – Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on Instagram: “Weekend getaway with Sayang ? #NNisterikucintahatiku”

Nedim meminta agar individu tersebut untuk tidak taksub mencari kesalahan orang lain dan berusaha memperbaiki diri sendiri agar menjadi insan yang lebih baik darinya.

Advertisement

Whats_App_Image_2017-09-05_at_10.23.15

Apa yang menarik, Nedim juga serius ingin membayar bagi rawatan kulit wajah berjerawat pengguna Instagram itu di klinik kulit yang disyorkannya.

Whats_App_Image_2017-09-105_at_10.23.15
Apa yang dikatakan oleh Nedim ada benarnya. Jika kita asyik beri cadangan bagaimana orang lain patut menjalani kehidupan mereka, memang agak annoying sebenarnya.

Orang putih kata, live, and let live. Jika seseorang bahagia dengan kehidupannya kita doakan kebahagiaanya berkekalan, itu lebih baik. Tak gitu? –beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Nedim Nazri

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top