Bukan lagi rahsia, bekas suami kepada Nora Danish yang juga usahawan popular, Nedim Nazri, dilihat semakin terbuka berkongsi hubungan cintanya dengan pelakon Nadia Brian apabila memuat naik foto mereka saling berpegangan tangan di media sosial.
Lebih manis, Nedim yang turut dikenali sebagai Boss Ned menzahirkan perasaan terhadap kekasih hatinya itu menerusi kapsyen romantis.
“Dalam fikiran saya, awak yang paling saya suka,” tulisnya dalam satu perkongsian semalam.
Sementara itu, Nadia turut mengulang siar perkongsian berkenaan dan meninggalkan komen ucapan terima kasih selain menyertakan emoji hati merah sebagai tanda penghargaan buat Nedim.
Perkongsian tersebut seterusnya mencuri perhatian warganet apabila menerima pelbagai reaksi positif. Rata-rata netizen menyokong hubungan mereka dan mendoakan agar percintaan itu berakhir hingga ke jenjang pelamin.
“Semoga kalian berdua naik pelamin cepat-cepat.”
“Nedim dan Nadia layak untuk bahagia, tumpang gembira!” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, hubungan Nedim dan Nadia sudah mula menjadi perhatian ramai selepas mereka kerap berkongsi foto bersama menerusi akaun media sosial masing-masing, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

