ND Lala Nikah Sejak 2019, Penyondol Siap Tuduh Anak Datin Fauziah ‘Curi’ Kereta & Paksa Mohon Maaf Secara Bertulis

Hiburan

ND Lala Nikah Sejak 2019, Penyondol Siap Tuduh Anak Datin Fauziah ‘Curi’ Kereta & Paksa Mohon Maaf Secara Bertulis

Biarpun sudah berpisah pada dua minggu yang lalu, Datin Fauziah masih terus bersuara mengenai kisah kemelut rumah tangganya bersama penyanyi veteran, ND Lala di Instagram.

Melalui hantaran terbarunya, dia berkata sudah menghidu perkahwinan bekas suami bersama kawan baik anaknya itu sejak tahun 2019 tetapi masih cuba menyangkal khabar angin tersebut.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Datin Fauziah atau dikenali sebagai Mama Zie itu turut berkata bekas suami gagal dihubungi, malah tidak peduli sewaktu keluarga dilanda musibah banjir pada tahun 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Menurut Datin Fauziah, ND Lala menghilangkan diri hampir setahun dan tiba-tiba memunculkan diri di peringkat separuh akhir dan final program Gegar Vaganza pada November 2022 untuk memberi sokongan kepada anak, Shila Amzah.

Bahkan, wanita itu mendakwa isteri kedua bekas suaminya itu pernah membuat laporan polis mendakwa salah sebuah kereta yang berada di rumahnya adalah miliknya dan mendesak agar anak Datin Fauziah pulangkan segera.

Anak saya dipaksa mengaku kesilapan dan kena minta maaf secara bertulis dan menandatangani surat di depan bapa kandung sendiri.

Datin Fauziah berkata ND Lala hanya melihat dan meminta anak ikut sahaja hal yang disuruhkan oleh ‘penyondol’ itu sambil disuruh untuk rakam situasi yang berlaku.

Sementera itu, ibu kepada Shila Amzah ini berkata coretan yang ditulis itu selepas dia melalui fasa sedih dan kini sudah kembali bangkit serta sedia kongsi kegagalan rumah tangga yang dialami untuk dijadikan sebagai pengajaran buat orang ramai.

fauziah nd lala
9 months ago

"Hidupnya Makin Menderita, Susah Cari Rezeki" - Fauziah Kongsi Petikan Tentang Karma Orang Yang Berbuat Jahat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...