NCA Hanya Kongsi Maklumat Minimal Dan Tidak Lengkap Mengenai Huckle – Timbalan KPN

Trending

NCA Hanya Kongsi Maklumat Minimal Dan Tidak Lengkap Mengenai Huckle – Timbalan KPN

Polis Malaysia mungkin akan mendapatkan perintah ekstradisi supaya pedofil British Richard Huckle dibawa kembali ke Malaysia untuk dibicarakan di sini.

Jika dia telah melakukan jenayah di sini dia sepatutnya menjalani perbicaraan di sini. Kami akan merujuk kesemua maklumat yang ada kepada Peguam Negara yang akan membuat keputusan berkenaan perkara ini.



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah memberitahu sedemikian kepada The Sun semalam.

Dia berkata pihak polis tidak akan ‘menyapu kes tersebut ke bawah karpet’ hanya kerana Huckle sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Britain.

Kami bekerjasama dengan polis British untuk memastikan identiti mangsa Huckle. Kami juga perlu tahu jika 71 pertuduhan serangan seksual olehnya yang didakwa oleh mahkamah Britain melibatkan mangsa-mangsa di Malaysia.

Dia tidak boleh didakwa dua kali untuk pertuduhan yang sama tetapi jika ada asas untuk meneruskan dengan tindakan mahkamah, kami akan melakukannya.

Ditanya mengapa pihak polis mendiamkan diri tentang kes tersebut walaupun telah diberitahu oleh polis British pada tahun 2014, Noor Rashid berkata yang Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) hanya mengongsi informasi yang minimal dan tidak lengkap tentang rantaian jenayah Huckle.

Walaupun kami telah diberitahu, NCA bimbang siasatan kes dan perbicaraan mahkamah akan terganggu, jadi hanya bersetuju untuk memberikan maklumat lengkap setelah hukuman dijatuhkan kepada Huckle oleh mahkamah British. Kami tidak diberi maklumat yang mendalam tentang Huckle dan jenayah yang dilakukannya.

Advertisement

Kata Noor Rashid, NCA dipercayai tidak meminta bantuan lanjut dari polis Malaysia kerana polis British telah mempunyai bukti yang mencukupi tentang serangan seksual yang dilakukan oleh Huckle dalam bentuk rakaman video, gambar dan pengakuan yang membolehkan pendakwaan dan pensabitan pedofil itu.

Satu media asing sebelum ini merujuk Penolong Pengarah NCA, Andrew Brennan sebagai berkata Isnin lepas yang mereka telah memberitahu polis Malaysia tentang kes Huckle pada November 2014 dan telah mengongsi ‘kesemua maklumat’ yang mereka ada mengenai Huckle pada waktu itu.

Pesuruh jaya Tinggi British juga telah memberitahu yang sama kepada Reuters dalam satu kenyataan pada Selasa yang ia telah menghubungi polis Malaysia tentang Huckle sejak 2014-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...