NCA Beritahu Tentang Huckle Pada Pihak Berkuasa Malaysia Sejak November 2014 – Andrew Brennan

Trending

NCA Beritahu Tentang Huckle Pada Pihak Berkuasa Malaysia Sejak November 2014 – Andrew Brennan

Penolong Pengarah Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) UK, Andrew Brennan memberitahu pemberita selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pedofil Richard Huckle yang Britain telah memberi kesemua “maklumat” yang mereka ada mengenai Huckle kepada pihak berkuasa Malaysia pada November 2014.

police-brennan_1126792i

Advertisement

Brennan memberitahu di luar mahkamah Old Bailey di London seperti yang dilaporkan oleh ABC News:

Biar saya yakinkan kamu bahawa kami telah bertemu dengan pihak berkuasa Malaysia beberapa kali semasa musim luruh 2014.



PesuruhjayaTinggi British, Vicki Treadell, juga telah memberitahu agensi berita Reuters dalam satu kenyataan pada Selasa yang ia telah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak 2014.

Polis Malaysia bagaimanapun masih belum memberi respon apabila diminta memberi komen tentang kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Britain.

Sebelum ini, pegawai kanan Bahagian Penyiasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komisioner Ong Chin Lan memberitahu agensi berita Bernama bahawa NCA tidak memberi maklumat mengenai kes Huckle kerana dia masih dibicarakan.

Huckle, yang memberikan dirinya markah untuk jenayah yang dilakukannya, telah bercakap besar mengenai aktiviti pedofilianya di jaringan gelap (dark web) bahawa masyarakat miskin lebih senang dimangsakan berbanding masyarakat Barat yang hidup mewah.

Dia merakam dirinya merogol dan melakuan penderaan seksual terhadap kanak-kanak sekecil enam bulan sehingga 12 tahun dalam bentuk gambar dan video dan mengongsi bahan-bahan itu ke dalam talian.

Menurut seorang pemimpin komuniti India yang sebelum ini sering dikunjungi oleh Huckle, polis tempatan hanya melawat mereka pertama kali pada Isnin.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa PDRM memberitahu yang ia sedang bekerjasama dengan NCA dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengenal pasti dan memberikan pemulihan kepada mangsa-mangsa Huckle.

Sementara itu, Sharmila Sekaran, pengerusi kumpulan kebajikan Voice of Children (VoC) berkata sekiranya pihak berkuasa Malaysia telah diberitahu mengenai ativiti Huckle pada akhir 2014 dan tiada respon diberikan, maka mereka melengahkan untuk memberi bantuan dan kaunseling pada kesemua mangsa. Ia bagaimanapun tidak sepenting kegagalan untuk mengesan kegiatan Huckle selama lebih sembilan tahun:

Faktanya, dia telah mendera kanak-kanak kita sejak 2006 hingga 2014. Mengapa kita tidak tahu? Mengapa kita tidak menangkapnya? Kita perlu melakukan ‘pencarian jiwa’ kita dengan serius dan telus.

Ini ialah satu penderaan sistematik dan berleluasa terhadap kanak-kanak kita di halaman belakang rumah kita sendiri–bagaimana ia tidak pernah dikesan sehingga kita diberitahu oleh orang lain?

amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...