Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nazrief Nazri Diduga Apendiks Bengkak Dikala Isteri Tunggu Masa Nak Bersalin

Pelakon Nazrief Nazri dilaporkan terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan di Puchong selepas dia diserang sakit perut yang berpanjangan pada malam Khamis lalu.

Ujar pelakon drama Bidadari Salju ini lagi, doktor telah mengesahkan dia menghidapi penyakit apendiks membengkak dan perlu dibedah dengan segera.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri)

Nazrief yang pada mulanya didiagnosis dengan keracunan makanan setelah berjumpa doktor untuk kali pertama kemudiannya terpaksa memanggil ambulan setelah pulang ke rumah kerana sakit semakin teruk dan dia hanya mampu terbaring kesakitan.

“Lepas saya balik rumah rasa sakit tu tetap ada. Saya buat keputusan untuk call ambulan dalam pukul 11.30 malam. Isteri saya tengah sarat, dia tak boleh memandu. Bila sampai sana, doktor cakap apendiks saya dah bengkak, tapi alhamdullilah tak pecah lagi. Tapi tetap kena buat pembedahan jam 3 petang tadi.”

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa bimbang apabila terpaksa meninggalkan isteri tercinta, Aizatul Akma yang sedang sarat hamil keseorangan di rumah.

Advertisement
Nazrief IG storySumber : Instagram Nazrief Nazri  

Bimbang apa-apa terjadi kepada isteri kesayangan, Nazrief turut terasa ralat kerana perkara tersebut terjadi ketika Aizatul sedang sarat hamil menunggu hari.

Namun, dia hanya menganggap segala yang terjadi sebagai dugaan dan berharap dirinya sihat dengan secepat mungkin.

Sekadar info, Nazrief dan Aizatul Akma telah mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 yang lalu dan dijangka menimang cahaya mata pertama pada 22 Julai ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    July 6, 2021 at 10:11 am

    mmg sedih klu kte tgh sarat mngdung suami ditimpa ujian kesihatan. aku dlu mase tgh sarat ngndung ank kedua husband aku kene denggi. die degil xnak g hosp. dok bertangguh2 nak p hosp. aku ni xnk ckp bukan2 tp geram laa. aku ni tgh mengandung anak kau tauu takkkk.

  2. brunes

    July 3, 2021 at 12:04 pm

    Sympathy pain is real uols.. cantik wifey dia

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top