Pelakon lelaki baharu yang mempunyai badan sasa dan pernah di gosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Izreen Azminda iaitu Nazrief Nazri telah dikritik oleh ramai pihak apabila tampil memperagakan pakaian dalam lelaki.
Sedar akan perkara tersebut yang semakin hangat apabila foto-foto beliau memakai seluar dalam tersebar di Internet, Nazrief mengakui ia satu tindakan yang salah dan menjelaskan pada waktu itu beliau terpaksa menuruti pemintaan penganjur kerana enggan menjejaskan acara peragaan fesyen yang sedang berlangsung.
Sejujurnya, saya mengakui bahawa gambar tersebut adalah gambar saya sekitar tiga tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang seni. Saya menaiki bas dari Lumut ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menerima tawaran itu dan setibanya di lokasi, saya sangat terkejut apabila pihak pengurusan acara mahu saya menggayakan koleksi pakaian dalam lelaki.
Dalam waktu sama, saya tidak mahu merosakkan majlis itu dan bertekad ini adalah acara pertama dan terakhir yang saya lakukan.
Nazrief turut memberitahu beliau terlalu mentah ketika membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dan tidak pernah memikirkan kesan masa panjang terhadap kariernya yang baru sahaja ingin bermula.
Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehingga menuruti sahaja permintaan mereka biarpun berasa sangat tidak berpuas hati.
Ia juga peringatan kepada bakat-bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni supaya meneliti sebarang tawaran di mana tidak bercanggah dengan sensitiviti orang Timur dan masyarakat di Malaysia serta agama Islam khususnya.
Baru sahaja ingin menapak dalam dunia hiburan timbul pula foto-foto panas beliau tetapi kita tidak boleh menghukum Nazrief Nazri atas kesilapan lalunya siapa yang tidak pernah ada kisah silam yang buruk bukan? Berilah beliau sedikit peluang untuk membuktikan bakat beliau yang ada.