March 15th, 2011

nazmi raja lawak tersingkir

Agak lambat Abang Nara update pasal keputusan Raja Lawak Jumaat lepas. Daripada tak ada langsung, at least Abang Nara ada jugak keluarkan cerita Nazmi yang terkeluar pada Jumaat lepas. Memang salah satu keputusan yang agak mengejutkan. Dengan penyingkiran Nazmi, ini bermakna R2, Man dan kumpulan Balas berjaya melangkah ke final Raja Lawak hari Jumaat ini.

Seriously Abang Nara fikir yang Nazmi merupakan salah seorang peserta yang berkemungkinan besar bergelar Juara Raja Lawak 5 ini. Masa persembahan minggu pertama Nazmi memang dasyat. Dengan tagline “Aku lupa” dari Nazmi, memang boleh pecah perut dibuatnya. Cuma selepas itu persembahan Nazmi agak menurun dan tak berapa nak kelakar sangat. Mungkin itu punca ramai yang tidak mengundi Nazmi.

Tapi secara jujurnya, walaupun Nazmi terkeluar, kemungkinan besar Nazmi akan jadi lebih popular daripada pemenang Raja Lawak 5. Nazmi ada nilai komersil. Muka pun dah macam David Teo. Confirm David Teo akan ambil jadi pelakon filem dia. Tak gitu? Apa pun semoga Nazmi akan terus berkecimpung dalam dunia lawak sebab lawak Nazmi memang best dan sempoi.

Apa pendapat korang? Abang Nara dengar cerita ramai yang mahukan Kumpulan Balas terkeluar berbanding Nazmi. Bak kata Johan dan Zizan, cakap banyak pun tak guna. Undi!!!


Comments are closed.

Loading...