Nazim Othman Tidak Mahu Sentuh Dan Peluk Wanita Bukan Mahram

Hiburan

Nazim Othman Tidak Mahu Sentuh Dan Peluk Wanita Bukan Mahram

Pelakon Nazim Othman menegaskan beliau kini tidak mahu lagi bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita yang bukan mahramnya. Malah, perkara itu bukan hanya dilakukan ketika berlakon sahaja tetapi akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian Nazim.

Advertisement

Menurut Nazim, perkara itu juga antara janjinya dengan diri beliau sendiri sewaktu mengalami ketumbuhan otak pada tahun lepas.

Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan ata ketika di luar waktu kerja.

Saya cuba mengelakkan bersalaman dengan wanita, malah dengan tunang saya Bella Dally juga. Sejak dia bertudung lagi saya menghormati dia dengan tidak pernah menyentuhnya.

Ia adalah janji saya kepada diri sendiri selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada tahun lalu. Ada beberpa janji yang saya telah tanamkan dalam diri selain daripada perkara itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia.

Nazim meluahkan rasa syukur kerana pihak produksi drama terbarunya Lara Aishah memahami pendirian beliau itu dan boleh bertolak ansur dengan beliau.

Buat Nazim, banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk wujudkan adegan romantik.

Itu salah satu syarat saya pada pihak produksi dan mereka tiada masalah. Bagi saya produksi di Malaysia sudah terbuka untuk perkara itu.  Banyak lagi cara untuk melakukan adegan romantik dengan baik.

Satu berita yang agak baik bukan harini? Baguslah kalau ada beberapa artis yang sudah mempunyai pendirian tegas untuk elak melakukan babak yang mungkin akan menimbulkan fitnah dan gosip pada masa hadapan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...