Nazim Othman Sudah Putus Cinta Dengan Bella Dally

Hiburan

Nazim Othman Sudah Putus Cinta Dengan Bella Dally

Yeah~~~~ Berita baik untuk gadis-gadis serta jejaka-jejaka di luar sana yang menaruh hati kepada Nazim Othman dan Bella Dally. Pasangan kekasih ini telah pun putus cinta. Hubungan mereka telah berakhir. Kini mereka sudah kembali “single“. Perpisahan ini telah disahkan oleh Nazim Othman selepas pelakon ini berkongsi beberapa gambar di akaun sosialnya yang membayangkan perkara tersebut.

bella dally dan nazim othman berpisah

Advertisement

Enggan mengulas panjang lebar mengenai perpisahan ini, Nazim Othman berkata menerusi Mstar Online:-

Saya tidak berminat untuk menjawab soalan (putus cinta) itu dan tidak mahu berkongsi kepada umum. Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it’s over.

bella dally dan nazim othman berpisah

Namun Abang Nara agak kehairan apabila Bella Dally memaklumkan yang hubungan mereka berdua masih baik. Kata Bella Dally pulak:-

Kami masih baik. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Itu saja yang boleh saya ulas. Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Diharap semua pihak faham

bella

Mungkin Bella Dally masih belum dapat menerima hakikat hubungan percintaannya dengan Nazim Otman sudah berakhir. Tak apalah, nanti tidak lama lagi pasti akan ada pengakuan daripada Bella. Sama-samalah kita nantikan. Apa pun, inilah masa terbaik untuk anda “masuk line”. Mereka yang sedang remuk hatinya lebih mudah untuk jatuh cinta. Tak gitu?

P.S: Cara biarawan Shaolin latih seni pertahankan diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...