Nazim Othman Sedia Berkahwin Selepas Dua Tahun Menduda

Hiburan

Nazim Othman Sedia Berkahwin Selepas Dua Tahun Menduda

Mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kembali selepas dua tahun bergelar duda, pelakon Nazim Othman kongsi berita gembira tersebut bersama peminat di laman Instagramnya.

nazim othman

Advertisement

Menurut Nazim, usianya yang kini telah mencecah 36 tahun merupakan waktu yang paling sesuai untuk dirinya mendirikan kembali rumah tangga.

Katanya, selagi sihat dan berkemampuan, Nazim tidak akan putus untuk berdoa agar dipertemukan jodoh kerana menurut Nazim, waktu untuknya bersuka atau berjimba di kala muda telah tamat.

https://www.instagram.com/p/CAnXRvhAAGC/

“Saya tidak lagi muda, masa berjimba sudah berakhir. Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya.”

Dalam pada itu, Nazim juga seakan tertanya-tanya apakah kesilapan lampau yang dilakukannya sehingga sukar untuk dipertemukan jodoh kembali. Malah sering meragui andai pernah melakukan kesilapan sesama manusia menyebabkan hasrat baiknya itu sukar dimakbul Tuhan.

nazim othman

Bagaimanapun, Nazim menerusi sebuah posting di laman Instagramnya turut memohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengannya sebelum ini.

“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada sengaja atau tak disengajakan.”

Terdahulu, Nazim dan bekas isterinya Bella Dally pernah berkahwin pada 10 September 2016 namun mahligai itu disahkan terlerai apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada 2 Mei 2018 atas persetujuan bersama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...