Beberapa hari lepas, foto Tasha Shilla tampil berpakaian seksi ketika bertemu dengan selebriti Korea Selatan, Jay Park sehinggalah isu pakaian dalam beliau terserlah ketika menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan edisi September.
Tentu sekali Tasha sekali lagi dikecam oleh peminat dan pelbagai kata-kata negatif telah dilemparkan kepada akters tersebut dari setiap sudut. Siapa ada yang maki hamun lagi.
Terbaru, ada pihak yang mengatakan aktor Nazim Othman telah memuat naik satu foto beserta kapsyen di Instagram yang seakan mempertahankan Tasha dan menasihati “haters†beliau.
Don’t go too quick judging others U forget to reflect on yourself. Darlings, no one’s perfect. No one’s maksum except para nabi. jangan ghairah sangat menaip kat media sosial, atau menghamburkan kata-kata berunsur negatif apabila U tengok orang lain berbuat dosa. U pray for them not memaki hamun. Come on darlings, U pun tau hari-hari U buat dosa, U know that, no matter how good and pious U think U are. After all, His mercy is higher than any other beings, any of us. ????
Tidak mustahil juga jika kapsyen tersebut Nazim Othman tujukan buat “haters†Tasha Shilla kerana sebelum ini aktor itu yang telah memuat naik satu gambarnya bersama Jay Park, dan Tasha Shilla turut bergambar bersama mereka. Bermula daripada situ Tasha di kritik ramai.