Selepas sekian lama dihimpit gosip mengatakan rumah tangganya bersama Bella Dally sedang bermasalah, akhirnya segala teka-teki sudah terjawab apabila Nazim Othman mengumumkan mereka sudah sah bercerai.
Nazim menerusi akaun Instagramnya memberitahu, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan bersama. Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca perpisahan.
Bella pada masa yang sama menjelaskan beliau dan Nazim sudah berusaha yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi gagal. Beliau mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta peminat yang sebelum ini tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat mereka.
Nazim dan Bella sah bergelar suami isteri pada September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata. Difahamkan, pasangan ini bercerai pada awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Satu berita yang agak mengejutkan hari ini, apa-apa pun kami berdoa agar Nazim dan Bella tabah mengharungi segala dugaan. Tiada pasangan berkahwin yang ingin bercerai tetapi haruslah redha dengan ketentuan takdir, jodoh mereka sampai di sini sahaja.