Nazim Othman Dan Bella Dally Kini Hangat Dilamun Cinta

Hiburan

Nazim Othman Dan Bella Dally Kini Hangat Dilamun Cinta

Entah bagaimana Abang Nara boleh terlepas pandang pengakuan cinta Nazim Othman dan Bella Dally ini. Mungkin Abang Nara terlepas pandang ketika Nazim Othman mengesahkan yang mereka berdua bercinta 6 bulan lalu.

nazim othman dan bella dally

Advertisement

Terbaru, Nazim Othman dan Bella Dally telah hadir bersama ke AJL27. Dengan gaya rambut baru ala-ala Kpop, Nazim Othman dan Bella Dally memang pasangan yang sama cantik dan sama padan. Berikut ialah pengakuan cinta Nazim Othman kepada Bella:-

Ya memang hati saya sudah dimiliki dan ianya milik Bella Dally. Dia adalah cinta baru saya selepas beberapa kali putus cinta dan setakat ini apa yang boleh saya katakan kami serasi. Malah mungkin sikap saya mementingkan komunikasi menjadikan hubungan kami berjalan dengan lancar. Apa yang penting bagi saya dalam setiap perhubungan perlu ada kepercayaan antara satu sama lain. Itulah yang saya berlajar supaya tidak melakukan kesilapan serupa seperti cinta saya sebelum ini.

nazim othman dan bella dally

Abang Nara doakan agar hubungan Nazim dan Bella ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kepada peminat Nazim Othman, jangan kecewa dan sakit hati ye. Abang Nara tahu ramai yang terpikat dengan kehenseman Nazim Othman. Namun nak buat macam mana kan? Bukan jodoh Nazim dengan anda. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...