Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nazim Othman Bakal Umum Tarikh Pernikahan Di Instagram

Meskipun peminat Nazim Othman tidak sabar untuk mengetahui bila agaknya beliau akan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya Bella Dally, Nazim bagaimanapun enggan mendedahkan perkembangan lanjut mengenai perkahwinannya itu kepada umum.

Advertisement

Jelas Nazim ia adalah satu perkara yang agak peribadi dan beliau tidak mahu perjalanan majlis raja sehari beliau terganggu jika ia disensasikan.

Memang seseorang selebriti itu seratus peratus milik masyarakat, apabila ia berkaitan kerjaya. Tapi apabila melibatkan hal peribadi terpulang pada selebriti itu sendiri. Kalau orang lain, kalau mereka hendak bercerita sampai ke dalam kelambu pun, itu hak mereka.

Tapi bagi saya dan Bella, kami ada cara kami. Berahsia bukan bermakna takut populariti jatuh tapi sebab ia lebih kepada privasi. Lagipun saya mahu elakkan daripada terlalu mensensasikan hari perkahwinan saya.

Namun, Nazim berjanji beliau akan berkongsi tarikh pernikahan beliau di Instagram jika segala persiapan dan urusan berkaitan perkahwinan beliau sudah selesai.

Advertisement

Tarikhnya sudah ada tapi saya belum sedia berkongsi. Apa yang boleh saya katakan, majlis saya akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Majlis saya sederhana saja.

Setakat ini semuanya berjalan lancar dan ada beberapa perkara lagi yang saya perlu selesaikan. Apabila semuanya sudah okay, saya akan berkongsi lanjut di Instagram (IG) mengenai tarikh nikah, tempat dan lain-lain lagi.

Nazim Othman dan Bella Dally bertunang pada 14 November tahun lepas di kediaman keluarga Bella di Sabah.

Harapnya segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama