Written by AbangNara | October 23rd, 2014

Yeah~~~~~ Kalau sebelum ini macam-macam khabar angin yang bertiup mengenai Jep Sepahtu, kali ini pelawak ini telah membuat pengakuan yang pastinya meruntun hati para peminatnya di luar sana. Jep mengakui wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi adalah gadis yang paling rapat dalam hidupnya buat masa ini, sekaligus menutup khabar angin yang Jep sudah bertunang. Menariknya, Jep sendiri telah memuatnaik gambarnya bersama Nazeera di akaun Instagram.

jep nazeera sardi

Sama cantik sama padan kan? Hehehe. Jep telah mengenali Nazeera 6 tahun yang lalu namun hubungan mereka terputus kira-kira 2 tahun lepas. Kini mereka kembali berbaik semula. Semoga selepas ini hubungan mereka akan ke fasa seterusnya. Kata Jep menerusi Mstar Online:-

Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram.

Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu. Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing.

Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang. Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay…hahaha

jep nazeera sardi

Semoga hubungan Nazeera Sardi dan Jep Sepahtu akan berakhir dengan pengakhiran yang penuh gembira. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

[flowplayer id=”29996″]

jep nazeera sardi
jep nazeera sardi

jep nazeera sardi
jep nazeera sardi

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

71 responses to Nazeera Sardi Wanita Paling Rapat Dalam Hidup Saya – Jep Sepahtu

  1. x-klasmate Jep says:

    dia ni berlakon drama Dia Suamiku jadik adik Nabila huda..kalau tak silaplah
    nampak dr lakonan lemah lembut orangnya

  2. jeni says:

    Of topic…aku tak paham…retis boleh pakai alphard, bmw, rumah penthouse sebijik..tapi rumah mak kat kg…masih papan susun macam rumah tok aku….aku kerja kilang pun boleh buat rumah batu elok2 kat mak aku…jeppppp jeppp…apa kato kau jadik mcm siti nurhaliza sikit….

    • ibu bapa belahan jiwa says:

      jgn melulu..kita tak tahu situasi Jep mcm mana..ada org tua tak mau rumahnya diroboh/diganti/ditambah dgn rumah baru..contoh adalah parent sy sendiri..sy dan suami berhajat gantikan rumah parent sy dgn bunglow baru (mmg rumah parent sy bunglow, tp bunglow lama, buat tahun 1972, kdg kala masalah bumbung bocor, anai2, etc) tp parent sy tak setuju lalu menceritakan bagaimana mereka bersusah2 dulu kumpul duit..loan, duit simpanan & gadai barang kemas nak cukupkan duit utk buat mcm2 tambahan dari masa ke semasa utk melengkapkan rumah tu seperti mana sekarang..jd takkan senang2 aje sy nak roboh bina baru ye tak..

      • zairin says:

        Salam … nape nak robohkn ? Mmglah parents tak nak sbb sentimental umah tu. Sy rasa awk renovt jer (mungkin dah kot). Klu ada anai2 panggilla pest cntrl nanti bumbung jatuhkan susah parents sbb reput & cantek2kan umah tu … parents warga mas ni slalunyer suka laman cantek. Klu dah bnyak duit tu .. sy cadangkn panggil landskp designr. Mrk klu dah tinggal berdua jer … suka minum2 petang. Buatler gazebo ke .. ehhh bnyaklah klu nak sukakan hati parents kita. Klu dah papan bersusun mcm kat atas tu catlah mcm umah kat mlaka @ ng 9 tu. Dr cmmnt awk ni sptnyer financially awk ni terlbh mampu pun

  3. Anonymous says:

    pompuan ni tiru gaya hanez soraya ke? dah la muka cucuk..puiii

  4. diana says:

    Heroin ‘Ramadhan Berlima’ kan, slot episod kul 7 ptg ramadhan yg lepas

  5. N says:

    eh jep kawan ngn dia ni rupanya..suka nazeera ni, lembut je..berlakon pn ok. kontroversi pn xde..

  6. lady zara says:

    Ohhh aku tahu pompuan ni sapeeeee…. Die pelakon. dlu tengok die berlakon kat RTM mase bulan pose ritu petang2. Dia jd watak Hanan. Tajuk cerita die Ramadhan Berlima. CIter die sedih. Nazeera ni pakai tudung dlm citer tu comelll gilerrrr.. Xtau lah plak kat luar seksi cenggini orgnye. Depan bakal mak mertua plak tu. Kot yer pon mmg seksi tp depan bakal mak mertua tu sopan ler sikit.

  7. yasmin says:

    assalamualaikum … biar la jep nak pilih siapa pun .. tak payah laa kita nak sebok .. nk bhagia tu jep .. biar la dia pilih yang mana yang dia suka dan yang mana sesuai dgn dia .. jgn kita memandang seseorang itu drpd luaran .. tidak semestinya org yg dedah aurat ni jahat dan tidak semestinya org yg bertudung ni baikk .. kita sebagai peminat ,, kita kena doakan yg terbaik utk dia .. bukan marah2 dia .. jep ade hak utk memilih siapa teman hidup dia .. saya mintak maaf ,, kalau apa yg sya tulis ni korang tak setuju .. :-)

  8. melo says:

    i’m speechless. sedih mmg laa sedihh weyhh. tapi ap2 pun, selamat berbahagia encik mohd nadzri.

  9. angah says:

    Assalamualikum buat semua peminat Jep saya ini bekas guru Nazeera , nazeera merupakan gadis yg baik,hormat org tua ,cantik dan berbudi bahasa tak salah Jep memilih dia sbagai suri dan ibu tua itu adalah ibu Nazeera sendiri .Rumah saya berhampiran dgn rumah Nazeera saya panggil ibunya Mak Nah yg memg terkenal ditmpt kami dgn kelembutan dan keramahannya.Hidup sederhana tapi bkn miskin.Nazeera tak perlukan duit org lain dia gadis yg bekerjaya saya rasa Jep amat bertuah jika dpt menyunting Nazeera tambahan pula Nazeera anak yatim bapanya telah meninggal dunia.

  10. Anonymous says:

    Jepp pon anak yang baik.. hormat orang tua… aku kenal sangat2 jep..doakan yang terbaik.. tentang rumah kampung tu mmg diorang taknak ubah.. yang penting bahagia dan harta untuk keperluan lain..mungkin.. jangan jadi ukuran bila jep dah kaya akan lupa orang tua.. dia tak mcm tu…

  11. Jep is a anak jati johor semua angkat ???? yang siapa orang johor. saya orang segamat, johor