Naza-Berjaya Terima Tender Pembekal Kenderaan Rasmi Kerajaan

Automotif

Naza-Berjaya Terima Tender Pembekal Kenderaan Rasmi Kerajaan

Sebelum ini, beberapa isu berhubung kenderaan rasmi kerajaan hangat diperkatakan selepas timbulnya beberapa isu. Antaranya khabar angin tentang pembelian model Vellfire yang dipilih sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Baca: Toyota Vellfire, Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Kerajaan

Advertisement

Nampaknya segala persoalan tentang isu ini terjawab apabila Naza-Berjaya antara yang dipilih bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan kenderaan rasmi kerajaan. Sekaligus, menamatkan persoalan tentang pembekal kenderaan rasmi kerajaan.

Naza-Berjaya juga telah menerima surat niat (Letter of Intend) dari Kementerian Kewangan serta pelantikan secara rasmi yang dijangka pada bulan Jun ini. Sebelum ini, kontrak pengurusan armada yang diberikan pada Spanco Sdn Bhd telah tamat pada penghujung 2018.

Spanco kemudian diberikan dua sambungan selama enam bulan sebanyak dua kali. Mereka juga diberikan lanjutan tambahan selama enam bulan lagi yang akan tamat pada bulan Jun 2020 ini. Itu bermakna, Naza-Berjaya akan mengambil alih tugas itu berkuatkuasa tarikh tamat kontrak tersebut pada bulan Jun ini.

Kerajaan sebelum ini memberitahu Proton Perdana kekal menjadi kenderaan rasmi kerajaan dan bukannya Toyota Vellfire seperti yang digembar-gemburkan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Tidak Jadi Gunakan Toyota Vellfire, Menteri Akan Kekal Gunakan Proton Perdana Sebagai Kereta Rasmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...