Wah, bulan ini boleh dikatakan ramai juga selebriti Malaysia menerima kehadiran orang baharu didalam keluarga mereka, selain Ashraf Muslim dan Lisa Surihani, aktres Natasha Hudson juga telah selamat melahirkan anak ketiga beliau pada 14 September lepas.
Natasha telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.26 kilogram  secara normal di Hospital Umra Shah Alam jam 1.10 petang.
Natasha menerusi portal Harian Metro memohon maaf kerana agak terlambat berkongsi berita gembira sebut kerana sibuk melakukan persiapan untuk menyambut anaknya itu yang diberi nama Faatimah Mohd Khalid.
Natasha dan Carleed bernikah pada April 2012 dan dianugerahkan dua zuriat iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Sebelum itu, Natasha memiliki seorang anak perempuan iaitu Neesa Helena.