Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Ketiga

Hiburan

Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Ketiga

Angin tiada, ribut tiada, hari ini kita dikejutkan dengan berita penceraian Natasha Hudson. Untuk makluman, ini adalah kali ketiga perkahwinan Natasha Hudson berakhir dengan penceraian. Menurut Natasha, dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini. Mereka berdua telah bergelar suami isteri pada April 2012 dan dua cahaya mata.

natasha hudson

Advertisement

Desas-desus penceraian ini telah tersebar selepas Natasha memuatnaik satu status pada 25 September lalu yang memaklumkan dirinya sudah kembali sendiri. Mengesahkan desas-desus tersebut, Natasha Hudson berkata:-

Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik. Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami.Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu.

Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.

natasha hudson

Semoga Natasha Hudson tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini. Perkara yang paling penting ialah memastikan anak-anak hasil perkahwinan mendapat kasih sayang yang secukupnya walaupun Natasha dan suami sudah tidak tinggal sebumbung. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...