Difahamkan daripada laporan Harian Metro, naskhah Al-Quran yang ditulis oleh Allahyarham Nurly Syahirah kini diserahkan kepada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas tujuan untuk pameran umum.
Bukti ketekunan arwah Nurlyn, akan lalui proses pengdigitalan
Menurut Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, naskhah tersebut merupakan bukti ketekunan serta kesungguhan arwah Nurly menyalin ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang tempoh belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut.
Proses pendigitalan bertujuan memastikan naskhah berkenaan dapat dipelihara dengan rapi untuk jangka masa panjang di samping menghasilkan salinan digital yang lengkap dan berkualiti tinggi bagi dijadikan koleksi rujukan serta sumber kajian di perpustakaan.
Kata Ketua Pustakawan UPSI, Noriha Muhammad, proses pengdigitalan dilaksanakan sepenuhnya oleh petugas Perpustakaan Digital UPSI (UDL) dengan menggunakan imej resolusi tinggi supaya setiap helaian Al-Quran yang ditulis direkodkan dengan tepat serta jelas.
Dipamerkan secara eksklusif, beri peluang warga kampus & masyrakat luar kenali lebih dekat
Usaha ini secara tidak langsung menyokong pemeliharaan warisan intelektual dan kerohanian umat Islam di samping menjadi amal jariah berterusan buat Allahyarham Nurly Shahirah.
Tambahannya lagi, bagi memberi peluang kepada warga kampus dan masyarakat umum untuk mengenali lebih dekat dengan khazanah tersebut, mushaf Al-Quran akan dipamerkan secara eksklusif di Aras 1 Perpustakaan Tuanku Bainun bermula 25 Ogos hingga 2 Sept 2025.
Pameran ini bukan sahaja bertujuan menonjolkan keindahan seni tulisan tangan al-Quran, malah sebagai penghargaan terhadap ketabahan dan ketekunan Allahyarham Nurly Shahirah, di samping memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mencintai al-Quran serta menjadikannya sebagai sumber motivasi dalam pengajian dan kehidupan seharian.