“Nasihat Yang Amat Baik!” – Peminat Bola Buat Bena ‘Jangan Sap Gam’, Peja Perli Balik Di Twitter?

Berita

“Nasihat Yang Amat Baik!” – Peminat Bola Buat Bena ‘Jangan Sap Gam’, Peja Perli Balik Di Twitter?

Sedia maklum, semalam merupakan salah satu momen yang bermakna buat arena suka bola sepak negara apabila kerana layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas berjaya menumpaskan negara Bangladesh sebanyak 4-1 dalam aksi terakhir kumpulan E.

Kejayaan yang dimiliki merupakan penampat buat pasukan Malaysia setelah empat dekad mencuba untuk layakkan diri ke pertandingan berkenaan.

Advertisement

Dalam pada ramai yang datang menyokong pasukan Malaysia di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil, ada satu rentang kain yang telah mencuri perhatian ramai dan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja.

Perkara yang tertulis di atas bena yang digantungkan oleh penyokong di stadium berkenaan seakan-akan memerli Peja susulan kenyataan ‘panas’ yang dikeluarkan selepas Malaysia kalah di tangan Bahrain yang membuatkan ramai penyokong berasa tidak puas hati dengannya.

Sedar dengan kewujudan bena yang digantung itu, Peja telah memuat naik foto bena berkenaan di Twitternya dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong kerana memberi peringatkan kepadanya.

Sebelum ini, Peja ada membuat satu kenyataan permohonan maaf susulan dirinya berkata sorokan daripada peminat yang membuatkan pemain Malaysia tidak fokus untuk bermain.

3 years ago

(VIDEO) "Semangat Kesukanan Tinggi"- Lelaki Warga Bangladesh Kibar Bendera Negara Dicelah Penyokong Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...