Jarang rasanya selebriti tempatan menulis sesuatu yang bagus untuk tatapan kita semua. Seperti yang kita semua sedia maklum, kelahiran anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru-baru ini telah menimbulkan fenomena yang tersendiri. Ramai yang mengkagumi kecomelan puteri Che Ta itu. Malah ramai yang membuat perbandingan antara anak Che Ta dan anak mereka sendiri, anak Che Ta dan Lara Alana serta macam-macam perbandingan lagilah.
Secara jujur Abang Nara agak kecewa dengan perbandingan-perbandingan yang dilakukan. Setiap anak ada kecomelannya tersendiri. Tak ke sedih hati ibu dan ayah apabila anak kita dikatakan kurang comel berbanding anak orang lain. Jadi apabila membaca nasihat Yana Samsudin yang ditulis di Facebooknya, Abang Nara terasa ingin berkongsi untuk tatapan kita semua.
Sangat bagus nasihat Yana Samsudin ini. Sebagai manusia kadangkala kita over excited sehingga menulis sesuatu yang akan melukakan hati orang terdekat. Yang penting kita harus bersyukur dengan kurniaan olehNya. Kita juga harus belajar gembira untuk orang lain tanpa buat perbandingan. Tahniah Yana kerana nasihat yang amat padu. Sama-samalah kita ambil pengajaran.
P.S: Kesopanan anda pasti akan lebih terserlah dengan memakai jubah Qisra ke tempat kerja pada hari Jumaat ini. Kualiti kainnya yang terbaik, tak panas, dan paling penting, menepati syariah. Penghantaran adalah percuma. Layari www.familynara.com untuk lihat lebih banyak koleksi yang akan memukau hati anda. Nak beli dengan pantas silalah Whatsapp 011-3338-7668.