Pelakon Puteri Sarah Liyana baru-baru ini dihentam oleh beberapa individu gara-gara kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story mengenai isu poligami yang agak ‘panas’ sejak kebelakangan ini.
Dalam hantaran tersebut, Puteri Sarah meminta wanita di luar sana untuk jadi bodoh dan tidak berlumba-lumba selain bekerja mencari duit sendiri.
Gara-gara kenyataan itu, ada individu yang menganggap kenyatan Puteri Sarah sebagai ‘over’ dan mempengaruhi wanita untuk menghancurkan rumah tangga mereka sendiri.
Malah, ada yang mengatakan pesanan pelakon itu seperti menyerupai perangai iblis kerana menghasut untuk perkara-perkara yang tidak digalakkan dalam Islam seperti bercerai.
Tidak duduk diam mengenai hentaman yang diterimanya itu, Puteri Sarah kemudian membuat satu hantaran panjang lebar di mana dia telah membidas kenyataan individu-individu tersebut berhubung isu poligami tersebut.
Kepada lelaki-lelaki lemah yang tersakiti dan meroyan teruk di FB, Fais Al-Hajari dan IzzaZul Nuriz dengar ni ya..
Poligami itu tidak haram dan saya tidak mengharamkan poligami. Nabi Muhammad adalah lelaki tapi tidak semua lelaki boleh jadi seperti Nabi Muhammad.
Isteri punya hak untuk mendapatkan nafkah zahir dan batin. Dan jiwa wanita atau isteri tidak mendapatkan nafkah zahir dan batin, apakah kita wanita perlu menjadi diam dan bodoh?
Kata Puteri Sarah lagi, jika kenyataannya itu dianggap negatif maka individu sendiri yang mempunyai masalah dalam diri mereka sendiri.
Again, saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah tu kan..Faham ke tidak statement saya?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.