Katakan apa saja burger kegemaran anda, pastinya burger Ramly yang ikonik pernah anda beli dan rasa, serta suka. Jenama Ramly sebagai burger telah bertapak di Malaysia selama berpuluh tahun, sehinggakan sebuah rangkaian makanan segera tidak halal pernah menamakan burger mereka P. Ramly, atau Pork Ramly sebagai tanda menghormati jenama tersebut (ketepikan dulu soal pelanggaran hakcipta).
Namun begitu, seorang pengguna Twitter, Haziq Jamaludin telah memuat naik tiga gambar ke akaun Twitter menunjukkan sebuah outlet Restoran Francais Ramly di pusat beli belah Aeon BIG Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian, restoran itu lengang saja dalam gambar, tiada seorang pelanggan pun. Sama ada ia diambil pada masa yang tidak tepat, mungkin restoran baru dibuka awal pagi, tidak diketahui.
Haziq menulis tweet:
“Kedai dah lawa, brand famous, Malaysian favorite, harga murah, sedap pun sedap, tapi kosong. Semua makan kat McD kot.”
Tweet itu diretweet sebanyak lebih 11,000 kali dengan pelbagai pihak memberi pendapat mengapa gerai itu lengang. Ramly merupakan jenama yang bertapak di negara ini sejak 1979 dan layak dipanggil burger legenda. Mungkin peminatnya kini sudah memasuki umur 3.0 dan 4.0 series manakala generasi muda pula tidak begitu meminatinya berbanding era 80-an dan 90-an? Ikuti pelbagai pendapat pengguna Twitter mengenai situasi tersebut:
1. Ramly is synonymous with ‘burger tepi jalan’
2. Non-existent presence in socmed
3. No gimmick@HaziqJamaludin https://t.co/MdW75h16VQ— admtnmkrz (@ATMology) December 28, 2016
@HaziqJamaludin marketing team tak bagus. Based on this pic, takda pun pekerja kat depan kedai untuk tarik customers.
— joe (@myjoe_) December 28, 2016
Siapa tak kenal Ramly? Tapi berapa ramai je yang tahu Ramly ada buka restoran macam ni? Marketing tak power la tu. Iklan pun takda
— joe (@myjoe_) December 29, 2016



Ada yang berpendapat, ia telah kehilangan faktor tarikan utamanya yang dikenali sebagai ‘burger tepi jalan’ dan apabila ia dijual di restoran yang cantik seperti ini, ramai tidak ‘mengenal pastinya’ sebagai burger Ramly yang ikonik.
Ada juga yang berpendapat harga burger yang agak murah menyebabkan orang yang mementingkan standard memilih untuk makan burger yang berharga lebih tinggi misalnya di McDonalds.
Rasanya ramai mempunyai kenangan dengan burger ikonik Ramly. Mengapa tidak kita ke sana, memandangkan ia jenama tempatan, harganya murah, portionnya lebih besar dan ia legenda dan nostalgik?-amazingnara.com
Sumber: @HaziqJamaludin
Gambir Emas
December 31, 2016 at 11:01 am
Saya merasa bangga kerana ada burger buatan Muslim di Malaysia yangsudah terkenal iaitu Ramly. Siapa x kenal burger Ramly kan? Saya cadangkan pihak pengurusan Ramly dapat membuat penambahbaikan memandangkan perniagaan Ramly sudah membesar dan sudah mempunyai beberapa Restoran Ramly. Masih tidak terlambat untuk belajar dari syarikat2 besar seperti KFC dan McD supaya setanding dengan mereka bagi memastikan Restoran Ramly kekal bertapak lebih lama lagi.
Ummi Yahaya
December 31, 2016 at 10:21 am
Mudah sahaja,
Untuk atasi masalah ini.
Dato Ramlee kena berani
1. keluarkan buget untuk buat
Iklan promosi disemua media cetak dan elektronik.
2. Lantik team dari gen Y untuk idea yang segar sesuai zaman yang kononnya hipster ini.
3. Beri krusus dan team building kepada semua pekerja restoran. Mereka harus buang menteliti lama dan guna menteliti baru.
Untuk ‘serve’ pelanggan restoran ‘fast food’ feel macam perniaga gerai harus dibuang. Muka masam. Order kena ulang 6 kali. Tidak bersemangat.. bla..bla.
4. Ubah warna tema. Warna tema untuk lapar ialah merah. Kuning. Oren. Lihat KFC, McD, Pizza Hut, contohnya.
5. Usah malu belajar dari kejayaan McD semua diatas.
Hakikatnya Ramlee burger adalah icon burger Rakyat Malaysia. Ia bermula ditepi jalan dan berjaya mendaki hingga kedudukan sekarang
Buatlah iklan besar-besaran. Cuba lihat. KFC, McD, Pizza Hut dan banyak lagi produk, terus mwmutar iklan untuk memberi tahu pelanggan akan kewujudan mereka, juga mempromosi produk lama dan terbaru. Walhal orang tahu tentang mereka.
Sebab kuasa ‘hipnosis’ iklan sangat mantap. Bukan semata-mata mahu pelanggan datang tapi terus menanam ingatan supaya bila lapar ingat mereka.
Juga harus difahami mengapa Ketika dijalanan dan kini hingga mampu buka restora Kualiti sangat berbeza?
Sos makin sedikit. Rasa sudah lari. Ini salah satu faktor penyebab orang ramai kurang minat masuk makan ke restoran.
So. Hakikatnya. Rombakkan harus dibuat segere jika mahu bertahan dan berkembang. Burger sudah sebahagian makanan ruji rakyat Malaysia. Tapi untuk mendapat 10 teratas dalam list pilihan. Pemilik dan kumpulan petugas harus berikan yang terbaik. Baru hasil yang diperolehi juga baik.
Anonymous
December 31, 2016 at 8:50 am
Saye da pernah pegi outlet setia alam dekat dgn giant n tesco tu.. sorry to say.. abang bege tepi jalan tu buat lg sedap berbanding yg kat restaurant plus lg murah and berkualiti. Kualiti dari segi customer service skills n food quality. Pihak ramly should learn from streets burgers cook. Diorang jaga kualiti. Servis pantas with skills. Sos yg pelbagai. Kadang2 mayonis warna waeni.. Yang i mkn dulu tu beger n fries da kejung. Harga plak toooo overrated. Saye memang peminat tegar ramly burger. Tak makan brand lain sbb yakin kesuciannye n quality.