Katakan apa saja burger kegemaran anda, pastinya burger Ramly yang ikonik pernah anda beli dan rasa, serta suka. Jenama Ramly sebagai burger telah bertapak di Malaysia selama berpuluh tahun, sehinggakan sebuah rangkaian makanan segera tidak halal pernah menamakan burger mereka P. Ramly, atau Pork Ramly sebagai tanda menghormati jenama tersebut (ketepikan dulu soal pelanggaran hakcipta).
Namun begitu, seorang pengguna Twitter, Haziq Jamaludin telah memuat naik tiga gambar ke akaun Twitter menunjukkan sebuah outlet Restoran Francais Ramly di pusat beli belah Aeon BIG Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian, restoran itu lengang saja dalam gambar, tiada seorang pelanggan pun. Sama ada ia diambil pada masa yang tidak tepat, mungkin restoran baru dibuka awal pagi, tidak diketahui.
Haziq menulis tweet:
“Kedai dah lawa, brand famous, Malaysian favorite, harga murah, sedap pun sedap, tapi kosong. Semua makan kat McD kot.”
Tweet itu diretweet sebanyak lebih 11,000 kali dengan pelbagai pihak memberi pendapat mengapa gerai itu lengang. Ramly merupakan jenama yang bertapak di negara ini sejak 1979 dan layak dipanggil burger legenda. Mungkin peminatnya kini sudah memasuki umur 3.0 dan 4.0 series manakala generasi muda pula tidak begitu meminatinya berbanding era 80-an dan 90-an? Ikuti pelbagai pendapat pengguna Twitter mengenai situasi tersebut:
1. Ramly is synonymous with ‘burger tepi jalan’
2. Non-existent presence in socmed
3. No gimmick@HaziqJamaludin https://t.co/MdW75h16VQ— admtnmkrz (@ATMology) December 28, 2016
@HaziqJamaludin marketing team tak bagus. Based on this pic, takda pun pekerja kat depan kedai untuk tarik customers.
— joe (@myjoe_) December 28, 2016
Siapa tak kenal Ramly? Tapi berapa ramai je yang tahu Ramly ada buka restoran macam ni? Marketing tak power la tu. Iklan pun takda
— joe (@myjoe_) December 29, 2016
Ada yang berpendapat, ia telah kehilangan faktor tarikan utamanya yang dikenali sebagai ‘burger tepi jalan’ dan apabila ia dijual di restoran yang cantik seperti ini, ramai tidak ‘mengenal pastinya’ sebagai burger Ramly yang ikonik.
Ada juga yang berpendapat harga burger yang agak murah menyebabkan orang yang mementingkan standard memilih untuk makan burger yang berharga lebih tinggi misalnya di McDonalds.
Rasanya ramai mempunyai kenangan dengan burger ikonik Ramly. Mengapa tidak kita ke sana, memandangkan ia jenama tempatan, harganya murah, portionnya lebih besar dan ia legenda dan nostalgik?-amazingnara.com
Sumber: @HaziqJamaludin