“Nasib Muka Ikut Ayah” – Sering Jadi Sasaran, Hafidz Roshdi Pertahan Maruah Anak Dan Isteri Di Media

Hiburan

“Nasib Muka Ikut Ayah” – Sering Jadi Sasaran, Hafidz Roshdi Pertahan Maruah Anak Dan Isteri Di Media

Setiap kali nama Hafidz Roshdi muncul di media sosial, hantaran dimuat naik sering kali dibanjiri dengan pelbagai reaksi, termasuk kecaman daripada netizen.

Terbaharu, Hafidz sekali lagi menjadi sasaran kritikan selepas memuat naik sebuah video bersama isterinya, Athira Syuhada, di platform TikTok. Video tersebut mengundang perhatian ramai, namun ruangan komen turut dipenuhi dengan kecaman serta perbandingan melibatkan bekas isterinya, Shuhada Mat Shukri.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian ramai ialah tindakan Hafidz yang dilihat rancak membalas komen netizen, sesuatu yang jarang dilakukannya sebelum ini. Antara komen yang mencetuskan reaksi Hafidz apabila seorang netizen menulis, “Nasib muka baby ikut ayah.”

Tidak berdiam diri, Hafidz membalas komen tersebut dengan nada bersyukur sambil mempertahankan anaknya yang masih kecil.

“Muka mak atau ayah, kenapa ye kak? Dua-dua alhamdulillah sempurna, setakat ini tiada cacat cela,” balasnya.

Tindakan Hafidz itu mendapat pelbagai reaksi, dengan sebahagian netizen melihat ia sebagai langkah wajar untuk mempertahankan maruah keluarga, khususnya anak yang baru berusia setahun.

Dalam situasi tertentu, ada yang berpendapat seorang bapa perlu bersuara apabila melibatkan komen yang menyentuh soal anak dan keluarga, walaupun berdepan kecaman berterusan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Amira othman terung
2026-02-10 11:36:44

Dikritik Fesyen Seperti 'Terung', Amira Othman Beri Respon - "Komen Kutukan Ni Pastinya Dari 'Haters'.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...