Seorang suami tak berhati perut di Thailand telah menceraikan isterinya setelah mengetahui wanita itu menghidap kanser terminal.
Wiramon Inthaneth telah didiagnosis menghidap kanser payudara enam bulan terdahulu.
Wanita berusia 36 tahun itu kemudiannya terpaksa tinggal dengan bapanya setelah suami meninggalkannya.
Wiramon tidak dapat lagi bekerja kerana kesakitan yang ditanggung dan perlu mendapatkan rawatan di hospital setiap hari.
Bapa Wiramon yang bekerja sebagai pemandu teksi cuba membiayai kos rawatan anaknya tetap pendapatannya rendah dan tidak stabil.
Keluarga itu kini dibantu dari segi kewangan oleh seorang sami bernama Bhin, yang kini sedang mengumpul dana untuk membantu wanita malang itu.
Bhin berkata:
Waktu saya melawatnya, dia menangis kerana dia susah mahu menjaga anaknya dan membeli ubat pada masa yang sama, dia juga tak tahu berapa lama dia masih boleh hidup.
Dia masih bernyawa kerana keluarganya. Dia perlukan wang untuk menyara anaknya tetapi tidak tahu berapa lama masa yang ada untuk dia hidup.
Sami Bhin telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar wang untuk membantu Wiramon termasuk menderma wangnya sendiri. –amazingnara.com