Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) melancarkan Kempen Rumah PR1MA Kita: Pilihan Bijak, Nilai Hebat yang menawarkan diskaun sehingga 25 peratus bagi pembelian rumah di 23 projek kediaman di sembilan negeri seluruh negara.
Antara negeri yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Kempen yang berlangsung dari 23 Julai hingga 31 Disember 2025 ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming sempena ASEAN Real Estate Conference (AREC) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Lebih 2,000 Unit Rumah Teres Dan Apartmen Ditawarkan
Salah satunya di Negeri Sembilan, Residensi Seremban Sentral, Seremban yang mencatat kadar pemilikan belia 82.3% serta Residensi Kepayang di Ipoh, Perak. Kedua-dua projek ini turut menerima pengiktirafan StarProperty Awards.
Nasib M40 Juga Terbela
Selain diskaun istimewa untuk 500 pembeli terawal yang menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA), PR1MA turut menyediakan pakej rumah pintar dan langganan internet percuma setahun, tertakluk kepada terma dan syarat.
“Dengan tawaran istimewa kempen Rumah PR1MA Kita, kami berharap ia dapat membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman impian mereka,” Datuk Seri Mohd Nazri Md. Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PR1MA.
Kempen ini adalah bukti komitmen PR1MA dalam membantu rakyat memiliki kediaman berkualiti pada harga berpatutan.
Sementara itu, Nga Kor Ming berkata kerjasama strategik KPKT dan PR1MA adalah bukti komitmen kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat, khususnya golongan M40, dapat memiliki rumah impian mereka selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Jadi kita sebagai orang muda, boleh mula menyahut seruan kerajaan dalam memiliki rumah idaman kita sekaligus menjadikannya aset untuk masa hadapan. Jom survey Rumah PR1MA Kita.