“Nasib Kamu Orang Tua” – Shila Amzah Diserang Penyanyi Tersohor Ketika ‘Rehearsal’, Netizen Mula Petik Nama…

Hiburan

“Nasib Kamu Orang Tua” – Shila Amzah Diserang Penyanyi Tersohor Ketika ‘Rehearsal’, Netizen Mula Petik Nama…

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mencetuskan kejutan apabila mendedahkan dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan Konsert MR D.I.Y yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, memaklumkan insiden itu berlaku di hadapan kru produksi.

Advertisement

shila amzah

Gila bila seorang penyanyi legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru di tempat awam. Bersyukur sebab kamu orang tua. Tetapi kamu telah mencetuskan ‘anxiety’ terhadap keselamatan saya.

Perkara itu turut disahkan oleh pengurus Shila, Aini, yang memaklumkan satu laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Setakat ini, identiti penyanyi legenda terbabit belum didedahkan.

Untuk rekod, antara barisan artis yang terlibat dalam Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y termasuk Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ira kazar kahwin
2025-07-10 15:23:52

"Bidadari Syurga..." - Pakai Busana Serba Putih, Ira Kazar Dah Kahwin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...