“Nasib Dia Bijak” – Puteri Balqis Dipuji Tolak Reviu Produk Besarkan Payudara & Punggung

Hiburan

“Nasib Dia Bijak” – Puteri Balqis Dipuji Tolak Reviu Produk Besarkan Payudara & Punggung

Sebelum ini, pelakon remaja iaitu Puteri Balqis memohon maaf terpaksa menolak tawaran membuat reviu kerana menganggap produk yang diberikan tidak sesuai dengan dirinya.

Menerusi hantaran di Insta Story, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish berkata dia tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil produk lain.

Advertisement

Malah, dia juga pernah mengalami kesan negatif kepada kesihatannya selepas mengambil produk makanan kesihatan sehingga menyebabkan demam yang teruk dan muntah-muntah.

Selain itu, Aqish turut menolak produk memutihkan kerana kurang pengetahuan tentang produk sebegitu dan enggan menyampaikn maklumat yang salah.

Ada juga minta saya promosi krim payudara dan punggung tapi saya tolak sebab tak nak timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.

Jelasnya lagi, dia perlu berhati-hati dalam pengambilan produk memandangkan ketika ini dia sedang mengambil ubat anti-kemurungan dan ubat tidur dalam dos yang tinggi.

Susulan itu, pengguna media sosial menganggap pelakon berusia 15 tahun itu bijak membuat keputusan dan memuji pendiriannya yang tetap.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengecam pemilik produk tersebut kerana meminta seorang remaja bawah umur untuk membuat reviu produk orang dewasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Dia Masih Bagi Nafkah" - Puteri Sarah Kongsi Perkembangan Hubungan Dengan Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...