Kami sebenarnya sangat kesian dengan Bob Akademi Fantasia, Aizad dan Adibah Noor. Kerana faktor gemuk karier seni mereka tergantung dan tersekat. Tak diberikan publisiti yang sepatutnya oleh media-media hiburan Malaysia.
Suara kedua-duanya memang lagi sedap dan lagi best dari mana-mana penyanyi lelaki sekarang. Setakat Nubhan tue, confirm Bob boleh celen bila-bila masa sahaja.
Memang media kita berat sebelah. Artis-artis yang cantik, seksi dan handsome saje yang diberikan publisiti. Yang gemuk, tak hensem walaupun bersuara mantap dibiarkan terkontang kanting.
Tak percaya? Tengok betapa berubahnya nasib Aizad lepas dia jadi kurus. Siap dapat digosipkan bercinta dengan Liyana Jasmay lagi. Kalau masa dia gemuk dulu jangan harap satu berita pun nak keluar pasal dia.
Kami di BeautifulNara sangat-sangat kesian dengan artis-artis yang berbadan gemuk ini. Tak pasal-pasal disebabkan nak dapatkan publisiti terpaksa bersusah payah diet, buat pembedahan buang lemak dan bersukan separuh mati.
Bila la media-media hiburan negara kita nak sampai setaraf seperti di Amerika Syarikat? Kat sana tak kisahlah anda berkulit hitam, gemuk ataupun tak cun, selagi anda berbakat dan mempunyai vokal yang mantap, confirm anda akan mendapat publisiti yang sewajarnya.
P.S: Sorrylah berceloteh panjang sikit. Saja nak luahkan perasaan tak puas hati dengan industri hiburan negara kita ini.