Keenakan hidangan tempatan, nasi lemak memang tak perlu diperkatakan lagi. Baik rakyat Malaysia sehinggalah orang luar, ramai yang gemarkan hidangan ini seperti seorang YouTuber dari Greece yang sanggup terbang ke Malaysia untuk makan nasi lemak!
Baca: “Saya Peminat Nasi Lemak!”, YouTuber Ini Terbang Sejauh 9,600KM Ke Malaysia Demi Nasi Lemak
Tapi yang uniknya, seorang ‘Mat Salleh’ yang tinggal di Malaysia ini siap berniaga nasi lemak pada setiap pagi. ‘Mat Salleh’ yang dikenali sebagai Michael White ini kini viral di media sosial selepas kisah jualan nasi lemaknya dikongsikan di media sosial. Nasi lemak yang dijual pada harga RM3 itu juga habis licin dijual dalam masa dua jam sahaja!
Idea untuk menjual nasi lemak di TTDI ini bermula apabila Michael menunggu restorannya yang sedang diubahsuai selama beberapa bulan. Sementara menunggu proses ubahsuai selesai, dia mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak bungkus bagi mengisi masa terluang.
Menerusi video temubual itu, dia memberitahu mula menjual nasi lemak seawal jam 7 pagi dan pada jam 9 pagi semuanya telah habis dijual. Pastinya ramai yang berasa tertarik untuk mencuba nasi lemak hasil tangan seorang lelaki ‘Mat Salleh’ ini. Bukan saja kerana keunikan itu, menurutnya nasi lemak yang dijual mempunyai resepi rahsia menjadikan sambalnya begitu unik.
Bercakap tentang nasi lemak, sebelum ini seorang wartawan dari luar negara dikecam selepas mengkritik hidangan nasi lemak yang dijual di dalam sebuah penerbangan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: “Smelly Anchovies!”, Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak Dalam Penerbangan