“Nasi Lemak RM22” – Kedai Pastri Popular Dikritik Netizen, Pihak Pengurusan Tampil Beri Penjelasan

Trending

“Nasi Lemak RM22” – Kedai Pastri Popular Dikritik Netizen, Pihak Pengurusan Tampil Beri Penjelasan

Seorang pengguna Threads menegur Loaf Adam kerana terlalu kerap mencipta menu baharu tanpa memperbaiki kualiti hidangan sedia ada. Tulisnya,

Loaf Adam ni asyik create menu baru je… better dia improve menu sedia ada kot. Dah banyak sangat bagi bad review.

Teguran itu turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang bersetuju agar jenama tersebut lebih memberi tumpuan terhadap kualiti dan rasa menu sedia ada, berbanding sibuk mencipta hidangan baharu.

Sebelum ini, terdapat juga satu lagi entri yang tular di TikTok di mana ada individu meluahkan rasa kesal kerana terpaksa membayar RM22 untuk kualiti Nasi Lemak yang tidak setanding dengan harganya.

loaf.adam

Susulan itu, pihak Loaf Adam tampil memberi respon. Jelas mereka,

Terima kasih banyak untuk feedback. Kami sedang review SOP makanan dan perbaiki resipi sedia ada. Proses ini ambil masa tapi kami tengah usahakan yang terbaik.

Advertisement

Loaf Adam turut mengajak pelanggan untuk terus beri maklum balas menerusi DM bagi memudahkan tindakan lanjut.

auntie ja tampil beri penjelasan isu sijil halal
2025-06-17 15:38:31

Auntie Ja Tampil Jawab Isu Suka Dessert Tiada Sijil Halal - "Maafkan Ketidakpekaan Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...